NAJIB URUS NEGARA SEPERTI URUS SYARIKAT SENDIRI

1

Mac 20, 2012 oleh pemudawilayah


PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) menganggap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak tahu mengurus negara kerana tidak faham maslahat rakyat dengan terus merahsiakan tarikh pilihanraya umum dari pengetahuan rakyat. Bagi PAS WP, mungkin Najib menganggap negara ini kepunyaan beliau seorang sehingga beliau tidak sanggup berkongsikan tarikh pilihanraya kepada umum. Beliau tidak sedar bahawa negara ini dikongsi oleh sejumlah 27 juta rakyat Malaysia, sebahagiannya adalah pengundi yang sah dan berdaftar.

Najib tidak sedar bahawa rakyat Malaysia mempunyai jadual hidup mereka sendiri. Kehidupan rakyat bukan seperti kehidupan Perdana Menteri yang serba serbi diuruskan oleh pembantu-pembantu beliau. Rakyat tidak boleh hanya tunggu di depan kaca TV menanti tarikh pembubaran parlimen untuk mengisi jadual mereka. Mereka ada keluarga, ada kehidupan, ada kerjaya, peniagaan, pelajaran dan lain-lain lagi.

Tidakkah Najib mengetahui dengan merahsiakan tarikh pilihanraya menjadikan negara dalam keadaan caca merba. Jadual hidup rakyat akan bercempera dengan sikap beliau begitu. Bayangkan rakyat yang sudah merancang sekian lama dengan jadual mereka yang pelbagai itu, seperti mengadakan kenduri kahwin sanak saudara, yang telah menempah tiket penerbangan menunaikan umrah atau haji, atau ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran, perniagaan dan lain-lain lagi, tiba-tiba terpaksa membatalkannya saat akhir untuk menyertai pilihanraya di negara ini. Najib mungkin tidak pernah terfikir berapa kos kerugian rakyat yang terpaksa membatalkan segala aktiviti mereka kerana pilihanraya mengejut.

Malaysia pula mengamalkan konsep demokrasi berparlimen di mana terdapat banyak parti-parti politik yang berdaftar. Parti politik ini pula adalah pelanggan tetap pilihanraya umum di negara ini. Setiap parti politik berhak mengetahui tarikh bubar parlimen dan tarikh mengundi untuk persiapan mereka. PAS WP menganggap kerahsiaan Najib menandakan suatu pengkhianatan beliau terhadap parti-parti politik yang sah. Sudah tentu Najib akan memilih tarikh yang paling sesuai bagi partinya dalam keadaan sedia manakala parti lawan dalam keaadaan tidak bersedia. Ibarat seorang pengadil yang melepaskan satu perlumbaan tatkala sesetengah pelumba sudah bersedia dan pelumba lain sedang terkial-kial menyiapkan persiapan.

Mungkin juga Najib merasakan beliau sedang menguruskan sebuah syarikat besar milik peribadinya. Beliau menganggap berkongsi tarikh pilihanraya sama seperti berkongsi rahsia ramuan minuman Coca-Cola yang menjadi kegilaan pelanggan seluruh dunia. Beliau tidak faham bahawa beliau diberi amanah oleh rakyat Malaysia untuk menguruskan negara, bukan menguruskan negara seperti mengurus syarikat miliknya sendiri.


Disediakan oleh;

 

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Ketua Penerangan

PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

One thought on “NAJIB URUS NEGARA SEPERTI URUS SYARIKAT SENDIRI

  1. Mohammad berkata:

    Assalamualaikum Sdr. MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ,

    Terima kasih atas artikel saudara. Nampaknya artikel saudara ditulis dan di’posted’ pada Selasa 20 Mac 2012.

    Sila baca artikel di bawah (link). MMg menarik bila membaca perenggan 2 dan 3 dan dibandingkan dgn artikel Bro Suhaimi terutama perenggan terakhir. Adakah ini suatu kebetulan atau pertanda? Wallahualam.

    Untuk makluman, perasmian SL1M adalah semalam, Rabu 21 Mac dan artikel ini dimuatkan dalam Akhbar Hairan Metro bertarikh Khamis 22 Mac:

    http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Iturahsia_jangantanya/Article/index_html

    P/s: ana mmg merancang untuk buat Umrah, duit dan masa sudah ada dgn izin Allah dan tiada halangan yg lain2 buat masa sekarang. Tetapi halangan terakhir adalah mengenai masalah tarikh pilihanraya yg mana inilah pertama kali ana akan mengundi. Sekiranya ia jatuh pada masa ana buat Umrah, bermakna negara ini akan kehilangan satu uni dari ana. MMg nampak tak penting dan tak signifikan, tapi amat bermakna buat ana untuk membuat perubahan secara demokrasi (bukan ala Arab Spring).

    InsyaAllah, sekiranya ada pergi, ana akan berdoa ke hadrat Allah di Tanah Suci supaya negara kita melalui perubahan paling besar secara aman dan tanpa pertumpahan darah.

    Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Mac 2012
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: