TAN SRI KADIR KELUAR UMNO : UMNO SEDANG MENANTI AJAL

Tinggalkan komen

Mac 20, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan syabas dan tahniah di atas keberanian Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir yang telah menyatakan pendirian untuk keluar daripada UMNO setelah sekian lama berada dalam parti itu.

Bagi DPPM, Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir memiliki prinsip yang amat jelas serta kredibiliti  yang tinggi kerana sanggup mempertahankan dakwaannya bahawa sememangnya UMNO membeli undi masa pilihanraya umum dahulu sehingga akhirnya beliau sendiri keluar dari UMNO.

Ini menunjukkan bahawa UMNO semakin mereput dan luput serta menanti masa untuk mati. Jika insan seperti Tan Sri Kadir yang telah menjadi ahli UMNO sejak merdeka serta pernah menjadi pemimpin tinggi pun sanggup keluar UMNO, tiada sebab lagi untuk ahli-ahli UMNO yang lain untuk terus bersama dengan UMNO. Ini menunjukkan bahawa UMNO telah jauh menyimpang dari landasan sebenar serta semangat penubuhannya dari awal. UMNO sekarang bukan lagi berjuang untuk kepentingan bangsa dan rakyat di negara ini, tetapi untuk kepentingan segelintir pemimpin mereka.

Dakwaan Tan Sri Kadir bahawa UMNO pernah membeli undi sewaktu pilihanraya umum membuktikan bahawa UMNO tidak berlaku jujur dalam pilihanraya di negara ini. Ia membenarkan lagi tanggapan ramai bahawa UMNO menang pilihanraya selama ini bukan kerana kekuatan jentera mereka atau pengaruh mereka terhadap rakyat negara ini, tetapi kerana mereka membeli undi. UMNO pasti telah lama berkubur jika tiada unsur penggunaan duit dalam pilihanraya.

Dakwaan Tan Sri Kadir juga membuktikan bahawa UMNO adalah parti yang korup. Pemimpin mereka sanggup membelanjakan berjuta-juta duit rakyat hanya semata-mata mahu mengekalkan survival mereka. Mereka tidak kisah jika negara menjadi muflis, rakyat papa kedana, negara menangggung hutang yang berbilion ringgit hanya kerana mereka mahu menang dalam PRU ke 13. DPPM juga menyeru kepada pemimpin-pemin Umno yang mempunyai integriti yang tinggi dan cekal untuk bersama dengan rakyat bagi membentuk sebuah kerajaan yang bersih dan adil melalui Pakatan Rakyat.

DPPM ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Tan Sri Kadir. Semoga pendirian dan kecekalan beliau menjadi contoh kepada pemimpin UMNO yang lain.

DR RAJA AHMAD AL HISS

Naib Ketua

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Mac 2012
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: