TAHNIAH PELAJAR CEMERLANG SPM 2011

2

Mac 21, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Peajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini. Adalah difahamkan seramai 468,808 calon menduduki peperiksaan SPM tahun lalu.

Daripada hasil keputusan yang diumumkan kerajaan, seramai 559 calon SPM memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding pada tahun 2010. Pencapaian keseluruhan calon SPM 2011 juga bertambah baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 5.04, berbanding 5.19 pada tahun 2010

Daripada jumlah itu, seramai 506 adalah calon sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi calon dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan berbanding masing-masing 363 dan 40 calon pada tahun 2010.

DPPM mengharapkan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM ini akan terus melanjutkan pelajaran mereka ke menara gading sehingga mendapat pencapaian terbaik di peringkat yang tertinggi. Negara dan rakyat di negara ini amat berbangga dengan pencapaian cemerlang mereka hari ini dan berharap mereka akan terus mengejar cita-cita mereka yang telah disemai. Di tangan mereka harapan rakyat dan negara diletakkan bagi membela bangsa dan generasi akan datang.

Kejayaan yang dicapai hari ini bukanlah pengakhiran segalanya, tetapi ia adalah permulaan bagi melakar kejayaan yang lebih cemerlang di masa akan datang. Ia juga bukan suatu kegagalan buat mereka yang tidak memperolehi keputusan cemerlang, tetapi sebagai suatu musahabah buat membina langkah kejayaan di masa akan datang.

Disediakan oleh;

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Advertisements

2 thoughts on “TAHNIAH PELAJAR CEMERLANG SPM 2011

  1. Habib Ahmad berkata:

    Majlis2 Ilmu :

    Majlis Maulidul Rasul SAW & Haul Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani RA : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2012/03/419611_10150700057071999_295419981998_11671486_441838937_n.jpg

    Seminar ‘MANHAJ NABAWI’ -UNIVERSITI AS-SOFA : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2012/03/p1-1.jpg

    Mawlid Perdana di Masjid Besi Putrajaya : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2012/03/428994_2853139007931_1243224936_32310278_1731500179_n.jpg

    Sertailah Facebook kami : http://www.facebook.com/pondokhabib

    Sertailah Forum ASWJ di : http://fahamislam.com/forum/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 123 other followers

Mac 2012
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: