PAS WP LANCARKAN OPERASI JEJAK PENGUNDI RAGU DI WP

Tinggalkan komen

Mac 22, 2012 oleh pemudawilayah


PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) akan mengadakan operasi menjejak pengundi ragu di seluruh Parlimen di Wilayah Persekutuan. Ini berikutan pendedahan daripada Ahli Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihanraya telah mendedahkan seramai  79,098 dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mempunyai alamat sama.

Justeru itu, PAS WP akan menggerakkan seluruh jentera pilihanraya PAS WP untuk mengumpulkan maklumat jumlah pengundi ragu di Wilayah Persekutuan dan akan mendedahkannya selepas itu. Antara tindakan yang akan dilakukan ialah menjejak pengundi-pengundi ini sehingga ke rumah mereka bagi menyiasat dan mendapatkan gambaran sebenar.

Tindakan ini bagi memastikan tidak ada pengundi luar atau yang tidak berkaitan dalam parlimen terbabit turun mengundi dalam PRU ke 13. PAS WP menganggap pengundi ragu ini seperti suatu pengkhianatan terhadap pengundi yang sah di parlimen tersebut. Ia juga menunjukkan bahawa ahli-ahli PAS dan Pakatan Rakyat tidak lagi meletakkan kepercayaan kepada SPR untuk membersihkan daftar pemilih seperti yang diharapkan rakyat selama ini. Ternyata, imej SPR tidak pulih dengan jumlah daftar pemilih yang masih belum dibersihkan sepenuhnya.

PAS WP percaya, rakyat di negara ini mahukan sebuah pilihanraya yang adil, bersih dan telus dijalankan dalam pilihanraya umum ke 13. Biarkan pilihanraya ditentukan sendiri oleh pengundi yang sah di negara ini dan membuat perubahan atas kehendak mereka sendiri, bukan ditentukan oleh pengundi-pengundi ragu yang bertebaran di merata tempat.

Disediakan oleh;

 

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Ketua Penerangan

PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Mac 2012
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: