Pemuda PAS persoal pelaburan MAIWP

1

Mac 22, 2012 oleh pemudawilayah


KUALA LUMPUR, 22 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mempersoalkan pelaburan hartanah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang didakwa merugikan dan menanggung beban hutang cukai.

Pengerusi Task Force Zakat DPPP, Kamaruzzaman Mohamad berkata, pihaknya dimaklumkan MAIWP bertindak membeli tanah lot di Lorong Haji Hussein pada tahun 2009 bagi tujuan pembinaan ibu pejabat majlis itu dengan harga RM11 juta.

Namun, harga asal yang disyorkan Jabatan Perkhidmatan dan Penilaian Harta (JPPH) hanya RM10.38 juta, dan projek pembinaan itu masih tergendala sehingga kini.

Lebih malang lagi, Kamaruzzaman mendakwa permohonan MAIWP tidak diluluskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana tidak menepati dasar Perdagangan Pusat Bandar (CCC).

“MAIWP akhirnya terpaksa menyewa di Bangunan Perkim dengan kos RM1.3 juta setahun, selain perlu menanggung kos ubah suai RM5 juta serta kos pembinaan yang semakin meningkat setiap tahun.

“Tanah terbiar itu pula disewakan kepada Syarikat Zasoleis Sdn Bhd dengan kadar sewa RM8,100 sebulan bermula Julai 2010 sebagai parkir awam,” katanya pada sidang media, di lobi parlimen, hari ini.

Selain itu, beliau mendakwa MAIWP turut membeli tanah milik Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dengan harga RM1.5 juta walaupun nilai sebenar tanah itu adalah RM1.3 juta yang dibeli daripada Syarikat Merger Insight (M) Sdn Bhd.

Namun tanah tersebut diceroboh oleh setinggan dan pencerobohan haram sejak tahun 1996 dengan pembinaan bengkel kenderaan, stor kayu, tokong, dan dipenuhi semak-samun.

Ekoran itu, katanya tanah tersebut tidak boleh dikomersialkan dan MAIWP akhirnya terpaksa menanggung cukai tanah dan kompaun daripada DBKL.

“Kita melihat, seolah-olah wujud penyelewengan zakat melibatkan ratusan ribu melalui pembelian hartanah dengan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran seperti yang disyorkan oleh jurunilai bertauliah,” kata beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Sehubungan itu, Kamaruzzaman menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Pengerusi MAIWP, Datuk Seri Jamil Khir Baharom
menjelaskan bagaimana proses pelaburan pembangunan hartanah itu dikendalikan.

Tuntutan itu turut disuarakan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar yang turut serta pada sidang media tersebut. – Harakahdaily

One thought on “Pemuda PAS persoal pelaburan MAIWP

  1. Kaji Dahulu berkata:

    Baca maklumbalas MAIWP :

    http://www.maiwp.gov.my/index.php/berita-maiwp-informasi-28/1443-kenyataan-media-penjelasan-isu-tanah-maiwp.html

    Jangan ikut suka fitnah sana sini nak jadi hero..Mengaku la, ni semua ko buat untuk kepentingan politik, bukan atas dasar semangat keikhlasan nak perbetulkan apa yang salah..

    Nama je Parti Islam..tp suka buat fitnah..pengecut..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Mac 2012
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: