PERLUKAH 240,000 PETUGAS SPR SEBAGAI PENGUNDI POS?

Tinggalkan komen

Mac 22, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa terkejut dengan pendedahan oleh YB Dr Hatta Ramli bahawa jumlah pengundi pos SPR seramai 240,000 orang.  Bagi DPPM, jumlah yang dilaporkan itu terlalu ramai dan cukup untuk memberi impak yang besar dalam pilihanraya umum ke 13.

DPPM mempersoalkan mengapa SPR mendaftarkan seramai 240,000 petugasnya sebagai pengundi pos. SPR sepatutnya menghadkan petugasnya sebagai pengundi pos agar tidak mengganggu sebarang keputusan di mana-mana peti undi. Pengundi pos dari kalangan petugas SPR perlu dihadkan kepada mereka yang hanya perlu sahaja mendapat peruntukan itu, bukan kesemuanya sekali.

Dalam sejarah pilihanraya umum di negara ini, sudah acapkali undi pos menjadi faktor kemenangan calon dan ia mampu mengubah keputusan pilihanraya. Jumlah yang dicatatkan ini belum ditambah dengan pengundi pos yang sedia ada dari kalangan tentera, polis serta pasangan mereka.

Dengan jumlah seramai ini, ia akan menambah prejudis rakyat bahawa SPR berniat untuk memastikan kememangan mudah sebelah pihak seperti mana yang berlaku dalam pilihanraya sebelum ini. Rakyat mengesyaki modus operandi yang sama akan digunakan pada PRU ke 13 kali ini bagi mengelakkan kekalahan satu pihak yang sedang terdesak.

Oleh itu, DPPM mendesak agar SPR segera mengurangkan jumlah petugas SPR sebagai pengundi pos bagi mengelakkan berlakunya pertikaian rakyat. DPPM mengingatkan SPR agar berlaku telus dan bersikap adil dalam mengendalikan PRU ke 13. Rakyat tidak bersedia untuk ditipu buat sekian kalinya dalam sistem pilihanraya di negara ini.

Disediakan oleh;

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Mac 2012
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: