Memo Tuntut Bebas Imam Hoslan

Tinggalkan komen

Mac 24, 2012 oleh pemudawilayah


Satu perhimpunan telah aman diadakan dihadapan Masjid Wilayah di Jalan Duta di ibunegara kira- kira jam 2.30 petang tadi. Perhimpunan ini seterusnya bergerak dengan aman menuju ke Istana Negara dalam hasrat menghantar satu Memorandum Mohon Perkenan Keampunan Bebaskan Imam Hoslan.

Lebih 80 orang menyertai perhimpunan aman ini yang dikawal oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Turut serta ialah Naib Presiden PKR N. Surendran. Beliau yang juga seorang peguam berkata, adalah tidak adil seorang individu seperti Imam Hoslan Hussin dijatuhkan hukuman penjara selama setahun yang disifatkannya sebagai tidak munasabah.
“Jika nak hukum, biarlah memadai. Denda pun mencukupi”-katanya.

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman juga turut bersama-sama memperjuangkan hak Imam Hoslan Hussin yang di kenakan undang-undang yang zalim.

Menurut Kamaruzaman, Inikah bentuk keadilan yang dipaparkan kepada masyarakat. Kita akan bersama dengan mereka yang ingin menegakkan keadilan dan kita akan menentang siapa saja yang mengenakan tindakan keras, kezaliman yang tidak memberi nilai kemanusiaan.

Memorandum tersebut diserah oleh Khairul Faizi Ahmad Kamil Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Fariz Musa dari Jingga13.

Para peserta perhimpunan turut mempamerkan objek kasut dan selipar yang menjadi simbolik kepada kes Imam Hoslan Hussin. Imam Hoslan Hussin dikenakan hukuman penjara selama setahun atas kesalahan menghina mahkamah.

Sejurus himpunan selesai, Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman terus menuju ke rumah Imam Hoslan bagi menyampaikan derma sumbangan kepada isteri dan anak-anak imam tersebut. Turut serta Khairul Faizi Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Suhaimi Ketua Penerangan Pas Wilayah.

Merurut Kamaruzaman, DPPWP mengharapkan supaya beliau(Imam Hoslan) mendapat perbicaraan yang adil di mahkamah terbuka di negara ini. Dan mendoakan semoga Haji Hoslan tabah menghadapi ujian yang melanda beliau. DPPM juga sentiasa prihatin dan berusaha membantu keluarga imam Hoslan bagi meringankan beban mereka sepanjang tempoh hukuman dikenakan ke atas beliau.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Mac 2012
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: