HENTI IMPORT MINYAK IRAN : MALAYSIA TUNDUK DENGAN TELUNJUK AS

1

Mac 26, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar tindakan kerajaan Malaysia kerana mengarahkan Petronas menghentikan mengimport minyak dari Negara Iran mulai  April iaitu dua bulan sebelum sekatan Amerika Syarikat berkuat kuasa ke atas negara itu.

DPPM melihat tidak wajar Malaysia mengikut tindakan Amerika Syarikat itu. Langkah yang diambil oleh Amerika Syarikat adalah langkah politik, kerana terlibat secara langsung konfrontasi dengan Iran. Amerika Syarikat dalam sejarahnya adalah sebuah negara yang suka membuli dan menyerang negara lain yang lebih kecil. Selepas Afghanistan, Iraq kini Iran pula akan menjadi mangsa mereka.

DPPM menganggap tindakan kerajaan Malaysia ini seperti takut dan patuh dengan kehendak Amerika Syarikat. Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najb dilihat amat lemah kerana terpaksa tunduk patuh dengan arahan kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat.  Perdana Menteri perlu sedar bahawa kepimpinan Amerika Syarikat tidak banyak membela  umat Islam. Amerika Syarikat sanggup membunuh jutaan umat Islam yang dilihat tidak tunduk dengan kehendak mereka seperti mana yang berlaku di Iraq dan Afghanistan. Mereka sanggup melihat tentera Zionis Israel meratah umat Islam di Palestin tanpa sebarang pembelaan Jutaan nyawa umat Islam di Iran pula kini dalam bahaya jika Amerika Syarikat menyerang mereka.

Tindakan Malaysia pula akan menyebabkan konflik serantau yang lebih buruk akan berlaku. Ia boleh menjejaskan ekonomi negara tersebut sedangkan Iran tidak bermusuhan dengan Malaysia. Malaysia dilihat oleh negara umat Islam yang lainnya sebagai turut bersubahat bersama Amerrika Syarikat bagi menghukum umat Islam di negara Iran.

DPPM mengajak rakyat khususnya umat Islam melihat betapa lemahnya pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga sanggup tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat. Bagaimana mungkin pemimpin umat Islam di Malaysia seperti Datuk Seri Najib boleh bangkit menyuarakan kelantangan menentang rejim Zionis serta penyembelihan umat Islam di serata dunia oleh Amerika Syarikat dan sekutunya, jika terus mengikut telunjuk Amerika Syarikat serta tidak berani ‘mengangkat muka’ bagi mempertahankan kebenaran.

DR RAJA AHMAD AL HISS

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Merangkap Pengerusi Lajnah Antarabangsa DPPM

Advertisements

One thought on “HENTI IMPORT MINYAK IRAN : MALAYSIA TUNDUK DENGAN TELUNJUK AS

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Mac 2012
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: