JANJI HAPUSKAN PTPTN: TAWARAN TERHEBAT BUAT ANAK MUDA

1

Mac 26, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik pengumuman pemimpin Pakatan Rakyat untuk menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) digantikan dengan pendidikan percuma untuk semua rakyat yang masuk ke universiti jika Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya kelak.

Bagi DPPM, pengumuman ini merupakan suatu langkah yang baik dan positif bagi membela kebajikan rakyat khususnya golongan anak-anak muda. Selama ini rakyat cukup terbeban dengan pinjaman PTPTN yang sengaja dibuat bagi membuli rakyat dengan pelbagai tekanan hidup. Pengumuman ini membuktikan bahawa sekali lagi Pakatan Rakyat mendahului UMNO-BN dalam memastikan kebajikan rakyat terbela. Pastinya janji pemimpin Pakatan Rakyat bukannya janji kosong semata-mata, bahkan telah banyak janji untuk rakyat ditunaikan sepertimana kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang laksanakan pada hari ini.

Pakatan Rakyat akan memastikan bahawa dengan memberikan khidmat kebajikan terbaik kepada rakyat termasuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat tidak akan membawa negara kepada kemunduran, manjadi muflis dan sebagainya sepertimana yang ditohmah oleh UMNO-BN. Negara menjadi bangkrap disebabkan oleh salah urus tadbir negara serta amalan rasuah dan ketirisan oleh pemimpin negara, bukan kerana memberikan kebajikan kepada rakyat.

Dalam hal ini, UMNO-BN terbukti gagal dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat. Mereka terkebelakang dengan banyak agenda membela rakyat oleh Pakatan Rakyat sehingga mereka terpaksa meniru balik apa yang dibuat oleh Pakatan Rakyat. Selama bertahun-tahun para graduan tersepit dengan arahan pembayaran balik PTPTN yang amat memeritkan. Malah, ramai yang masih belum mendapat pekerjaan atau belum berstatus bekerja tetap tetapi dipaksa untuk menjelaskan kembali hutang PTPTN, sehinggakan pelbagai tindakan dikenakan kepada mereka termasuk tindakan undang-undang.

Pengumuman ini menjadikan UMNO akan sekali lagi gelabah, pemimpinnya berpeluh bagi melawan balik janji Pakatan Rakyat. Anak-anak muda pula pasti akan membuka mata melihat tawaran terbaik daripada Pakatan Rakyat  Tiada alasan lagi buat rakyat untuk memilih Barisan Nasional memimpin negara, kerana mereka tiada niat untuk menjaga kebajikan rakyat.


Disediakan oleh;

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

One thought on “JANJI HAPUSKAN PTPTN: TAWARAN TERHEBAT BUAT ANAK MUDA

  1. Norsham berkata:

    as salam… saya setuju sangat dengan penghapusan PTPTN nie cuma nak tahu bagaimana dengan nasib pelajar2 IPTS pula… harap dapat penjelasan… terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Mac 2012
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: