Datuk Bandar KL: Tunjukkan saya mana tanah itu

Tinggalkan komen

Mac 27, 2012 oleh pemudawilayah


Datuk Bandar Kuala Lumpur hari ini enggan menjawab dakwaan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah menguatkuasakan Pelan Bandar Raya KL yang masih di peringkat draf untuk mengambil alih tanah bawah nilai pasaran.

Tan Sri Ahmad Fuad sebaliknya meminta pemberita yang menyoalnya supaya menyatakan lot tanah terbabit secara spesifik.

“Boleh spesifik, (tanah itu) di Jalan Pudu dekat mana? …Saya tidak boleh jawab soalan awak sebab tidak spesifik… Kamu harus memberitahu kami di mana tanah itu.

“Kawasan Pudu ni banyak, kawasan penjara Pudu ke? Saya tak pasti. Kalau jadi macam ni, saya akan bincang dengan pegawai di mana.

“Tapi awak, lot tanah tak beritahu, nanti saya bagi jawapan lain (pula),” katanya dalam sidang media di Institut Latihan DBKL pagi ini.

Sebelum ini, ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng dilapor menerima aduan berhubung dakwaan DBKL mengeluarkan notis pengambilalihan untuk mengosongkan sebidang tanah komersial dalam di Jalan Pudu.

Lim mendakwa DBKL telah menguatkuasakan peruntukan-peruntukan dalam 2020 Pelan Bandar Raya KL untuk memperoleh tanah di bawah nilai pasaran, walaupun rancangan itu masih berada di peringkat draf. – Malaysiakini

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 121 other followers

Mac 2012
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: