Pelanggan kesal pegawai BSN yang banyak ‘songeh’

1

Mac 28, 2012 oleh pemudawilayah


KUALA LUMPUR, 28 Mac: Tertekan dengan karenah pegawai Bank Simpanan Nasional (BSN) yang banyak ‘songeh’ lagi menyusahkan, salah seorang pelanggan bank itu akhirnya terpanggil untuk mengadu dengan Harakahdaily.

Dalam surat yang diemelkan kepada Harakahdaily, pelanggan BSN yang dikenali sebagai Nadia Natrah Sabli menceritakan bagaimana beliau dipermainkan dan diperlekehkan oleh pegawai bank di bahagian Kawalan Kredit BSN.

Selain Harakahdaily, dia juga mengadu kepada media lain di samping pihak-pihak yang dirasakan beliau dapat membantu.

Nadia, 27, menghadapi masalah hutang kad kredit yang kini mencecah RM6,149.06, bagaimanapun beliau berusaha untuk melangsaikan hutangnya itu dengan membuat permohonan agar faedah yang dicaj dapat dikurangkan.

Beliau memohon untuk menjelaskan hutang kad kreditnya sebanyak RM3,800,  kerana masalah kewangan yang dihadapinya. Had kad kreditnya hanya RM3,000.

Malangnya, usaha beliau itu menghadapi masalah kerana pihak BSN tidak mahu menunjukkan kerjasama baik.

Dalam pertemuan dengan pihak bank, pegawai berkenaan memberikan diskaun sebanyak RM600 daripada baki semasa di mana Nadia perlu menjelaskan RM5,500, namun Nadia masih tidak mampu menjelaskan.

“Saya teliti dan ambil kira jumlah penggunaan, caj guaman dan jumlah faedah sehingga kad kredit dihentikan amaun sebenar hanya RM3,800 sahaja,” luahnya dalam surat tersebut.

Atas sifat tanggungjawabnya, Nadia masih berusaha untuk melangsaikan hutangnya dan sekali lagi Nadia merayu dan menegaskan beliau tidak mampu akhirnya pegawai berkenaan memperlekehkan beliau dengan mencadangkan beliau meminta bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Saya rasa terhina dengan kata-kata seorang pegawai di sebuah bank yang cukup dikenali,” tambahnya.

Tidak cukup dengan itu, pegawai BSN itu pula menakut-nakutkannya dan memberitahu beliau akan ditangkap kemudian dipenjarakan dan rumah pula akan disita.

“Beliau seolah-olah menakutkan dan mengugut Saya. Walaupun begitu saya masih merayu supaya dikurangkan jumlah pembayaran tetapi beliau terus memperlekehkan saya dengan menyuruh saya memberi lima sebab mengapa jumlah perlu dikurangkan,” luah Nadia.

Paling mengecewakan Nadia, pegawai terbabit mengatakan BSN adalah bank kerajaan dan kerajaan tidak boleh menanggung kerugian.

Nadia cuba merayu untuk berbincang dengan pegawai atasan  tetapi beliau tidak dibenarkan sama sekali, kerana pegawai itu tidak mahu memberi kerjasama dan bertoleransi dengan beliau.

Berbeza dengan bank-bank lain seperti Hong Leong Bank (Eon Bank Kredit Kad), di mana Nadia juga pernah berhutang kad kredit yang jauh lebih besar jumlahnya iaitu RM9,500.

Tetapi, Nadia berjaya menjelaskan kesemua hutang kad kredit Hong Leong Bank dengan hanya membayar sejumlah RM3,800.

“Pihak Hong Leong lebih mudah berurusan dan membantu serta memberikan kerjasama dengan saya untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Jika BSN adalah bank kerajaan, mengapa Nadia sebagai rakyat negara ini diperlakukan sedemikian? Bukankah kerajaan selalu melaungkan slogan ‘rakyat didahulukan!’, bagi Nadia jika ia bank kerajaan sepatutnya tolong rakyat bukan peras ugut rakyat. – Harakahdaily

One thought on “Pelanggan kesal pegawai BSN yang banyak ‘songeh’

  1. Habib Ahmad berkata:

    Majlis2 Ilmu :

    Majlis Maulidul Rasul SAW & Haul Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani RA : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2012/03/419611_10150700057071999_295419981998_11671486_441838937_n.jpg

    Bersama Habib Ali Al Jufri di IIUm :

    Seminar ‘MANHAJ NABAWI’ -UNIVERSITI AS-SOFA : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2012/03/p1-1.jpg

    Mawlid Perdana di Masjid Besi Putrajaya : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2012/03/428994_2853139007931_1243224936_32310278_1731500179_n.jpg

    Sertailah Facebook kami : http://www.facebook.com/pondokhabib

    PESTA BUKU ANTARABANGSA KL KLIK : http://suka.pts.com.my/index.php/hebah/pbakl/100001039522731

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Mac 2012
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: