HAPUS PTPTN TIDAK RELEVAN : KERAJAAN BN TIDAK LAYAK MEMERINTAH NEGARA

1

Mac 29, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menganggap kerajaan terlalu lemah apabila menganggap pemansuhan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) adalah tidak relevan. Ini berikutan daripada kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa pemansuhan PTPTN hanya akan mengurangkan semangat daya saing di kalangan pelajar di samping membebankan kerajaan kerana terpaksa mendirikan lebih banyak institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk memberi pendidikan secara percuma kepada masyarakat.

Kenyataan beliau menunjukkan bahawa kerajaan BN sebenarnya tidak layak memerintah negara. Seharusnya, tidak berbangkit isu IPTA perlu diperbanyakkan manakala IPTS pula akan gulung tikar kerana banyak langkah lain boleh diambil bagi mengatasi masalah ini. Sepatutnya, kerajaan melihat permasalahan yang lebih utama iaitu bebanan yang ditanggung oleh pelajar kerana hutang PTPTN.

Bagi DPPM, kenyataan Datuk Seri Mohamed Khalid menandakan bahawa kerajaan BN sememangnya tidak prihatin dengan permasalahan pelajar. Jika beliau menganggap pemansuhan PTPTN akan membebankan kerajaan, apakah kerajaan pula tidak memikirkan bebanan yang ditanggung oleh pelajar dan anak-anak muda kerana tanggungan hutang pelajaran mereka. Kerajaan perlu berfikir bagaimana nasib pelajar-pelajar yang tidak mampu meneruskan pengajian tinggi, serta tidak layak mendapat biasiswa. PTPTN adalah penyambung hayat pengajian mereka tetapi dalam masa yang sama PTPTN pula menjerut mereka.

Pendidikan percuma adalah perkara asas yang mesti disediakan oleh kerajaan tanpa mengira kelas yang diperolehi oleh pelajar tersebut. Semua pelajar berhak mendapat pendidikan percuma bagi menampung keperluan hidup mereka di masa hadapan. Pendidikan percuma adalah suatu pelaburan kepada negara kerana pelajar-pelajar inilah nantinya yang akan memberikan sumbangan kepada pembangunan negara.

Justeru, jika kerajaan masih menganggap pemansuhan PTPTN sebagai tidak relevan, kerajaan sebenarnya gagal menyediakan perkhidmatan dan kebajikan kepada rakyat khususnya kepada anak-anak muda. Jika demikian, Kerajaan perlu akur dan mengaku kalah kepada Pakatan Rakyat yang boleh menjanjikan perkhidmatan yang terbaik buat rakyat. Anak muda pula tidak lagi boleh bergantung harap kepada BN kerana mereka tidak mampu menyelesaikan permasalahan yang ditanggung oleh anak-anak muda sekarang. Sebaliknya, anak-anak muda diseru beralih kepada Pakatan Rakyat, kerana komitmen Pakatan Rakyat, apabila berjaya menerajui Putrajaya antara janji utama adalah untuk menghapuskan PTPTN!

 

Disediakan oleh;

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

One thought on “HAPUS PTPTN TIDAK RELEVAN : KERAJAAN BN TIDAK LAYAK MEMERINTAH NEGARA

  1. DKM Sabah berkata:

    Kenapa selangor, kedah, penang dan kelantan tidak mempraktikan pendidikan percuma?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Mac 2012
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: