HINA MAHKAMAH SETAHUN PENJARA HINA ISLAM DENDA RM 25 SAHAJA?

1

Mac 29, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kesal dengan hukuman yang dikenakan terhadap tiga wanita atas tuduhan melakukan aksi tidak sopan dengan menari tiang dengan hanya denda sebanyak RM 25 seorang. Bagi DPPM, hukuman yang dikenakan terhadap wanita bertiga ini amat ringan serta tidak berbaloi berbanding kesalahan yang mereka lakukan.

DPPM merasa terkejut dengan hukuman ini kerana berpendapat kesalahan yang mereka lakukan amat serius dan berat. Perbuatan yang mereka lakukan merupakan suatu dosa besar disisi agama Islam kerana membuka aurat dan mendorong perbuatan zina kepada pengunjung yang hadir.

DPPM merasa khuatir kerana industri seks dan pelacuran yang dibuat di pusat-pusat hiburan,  rumah-rumah urut serta hotel bajet menjadi semakin berkembang dalam masyarakat. Apa yang dilakukan oleh tiga wanita Islam ini menunjukkan perbuatan lucah dan tidak sopan semakin berani dibuat dengan keadaan yang lebih terbuka. Yang dirisaukan adalah berapa ramai lagi gadis Melayu beragama Islam yang mungkin terjebak dengan kegiatan sama.

Lebih dari itu, hukuman yang dikenakan ini tidak mampu mendidik dan memberi pengajaran berharga kepada mereka yang terlibat. Hukuman ini hanya menjadi bahan ketawa dan perlecehan masyarakat terutama mereka yang terlibat dengan aktiviti tersebut. Mungkin selepas ini lebih ramai akan terlibat dengan perbuatan tidak bermoral seperti itu memandangkan hukumannya hanya denda dan peringatan sahaja.

Kes ini membuktikan kerajaan BN tidak mampu membendung perbuatan maksiat di kalangan masyarakat, malah memandang ringan perbuatan tersebut. Apalah pembelaan yang boleh diharapkan dari sebuah kerajaan yang kononnya memperjuangkan Islam di negara ini  jika agama Islam terus diperlekehkan.

Amat memelikkan jika mereka yang melakukan perbuatan ini dianggap menghina Islam hanya dijatuhkan hukuman denda RM 25 seorang, sebaliknya seorang Imam yang dituduh menghina mahkamah dipenjara setahun. Mungkin inilah definisi keadilan ‘Islam’ sebenar menurut perspektif mereka yang berkuasa pada hari ini.

Disediakan oleh;

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

One thought on “HINA MAHKAMAH SETAHUN PENJARA HINA ISLAM DENDA RM 25 SAHAJA?

  1. kialjr65.com berkata:

    Reblogged this on KIYAIjr_@com.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Mac 2012
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: