Pemuda Pakatan Tawar Mansuh AUKU, PTPTN

Tinggalkan komen

Mac 29, 2012 oleh pemudawilayah


KUALA LUMPUR, 29 Mac: Pemansuhan Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara tawaran Pemuda Pakatan Rakyat kepada anak muda di negara ini.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, ianya hanya sebahagian kecil daripada keseluruhan tawaran yang akan diisytiharkan secara rasmi pada 29 April ini.

“Salah satunya Auku dan PTPTN dibawah teras Pendidikan.

“Perisytiharan rasmi kita akan buat pada 29 April ini di Melaka sempena pelancaran jentera pilihan raya Pemuda Pakatan Rakyat,” katanya.

Selain teras pendidikan, empat lagi teras yang diambil kira adalah Politik, Ekonomi, Sukan dan Seni.

“Buat masa ini kita sedang memperincikan kesemuanya termasuk mengkaji fakta dan figur.

“Secara details kita tak boleh sebut lagi,” katanya kepada Harakahdaily.

Terdahulu beliau menyertai sidang media Pemuda Pakatan Rakyat di Pejabat Pembangkang di Parlimen hari ini.

Turut hadir Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua DAPSY, Anthony Loke.

Pada sidang media itu Nasruddin berkata, beliau tidak menolak kemungkinan Bersih 3 akan diadakan jika janji transformasi politik Perdana Menteri tidak dikotakan.

Ianya termasuk melaksanakan semua syor yang akan dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya.

“Saya tak menolak akan berlaku Bersih 3 atau bantahan lebih hebat dari rakyat kerana kita tidak boleh hadapi pilihan raya dalam keadaan 1001 kepincangan,” katanya. – Harakahdaily

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 126 other followers

Mac 2012
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: