Kajian: 70% pemilih di KL tidak dapat dijejaki

Tinggalkan komen

Mac 30, 2012 oleh pemudawilayah



PETALING JAYA, 30 Mac:
Gabungan beberapa NGO yang menjalankan audit bebas daftar pemilih mendapati Kuala Lumpur adalah kawasan paling tinggi mempunyai pemilih yang tidak dikenal pasti menurut alamat yang direkodkan dalam daftar pemilih suku ke-4 2010 iaitu sebanyak 70 peratus.Mengekorinya pula adalah Selangor dengan 45 peratus, Melaka (38%), Johor (32%), Negeri Sembilan (31%) dan negeri-negeri lain di bawah 30 peratus.

Keseluruhannya, hanya 74 peratus sahaja daripada responden di seluruh negara boleh dijejaki sama ada bertemu dengan mereka di rumah atau mendapat pengesahan dikenali oleh jiran.

Manakala 26 peratus lagi adalah tidak dapat dijejaki atau disahkan.

Dapatan itu direkodkan oleh NGO pemantau pilihan raya Institut Kebangsaan Integriti Pilihan Raya (NIEI), Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan badan penyelidik Merdeka Centre yang menjalankan audit daftar pemilih pada Disember 2010 lalu.

Kajian dibuat terhadap 2,400 responden melibatkan 60 kawasan parlimen di seluruh negara.

Hasil kajian audit mereka itu didedahkan pada satu sidang media hari ini.

Kajian itu juga mendapati, wujud 8 peratus alamat pemilih yang tidak sah manakala 92 peratus lagi adalah sah dan dikenalpasti.

Alamat yang tidak diketahui paling tinggi juga di Kuala Lumpur sebanyak 27 peratus, Negeri Sembilan 26 peratus manakala Selangor 14 peratus. – Harakahdaily

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 121 other followers

Mac 2012
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: