TAKTIK KOTOR DALAM PRU GELAPKAN PELUANG PR TAWAN PUTRAJAYA

Tinggalkan komen

Mac 30, 2012 oleh pemudawilayah


PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) merasa yakin sekiranya pilihanraya umum ke 13 dijalankan dengan adil, bersih dan telus berkemungkinan besar Pakatan Rakyat akan menguasai Putrajaya akan tercapai. Ini hasil kajian daripada pelbagai pihak, dan daripada ‘mood’ serta momentum yang dicetuskan oleh rakyat dengan semangat mahukan angin perubahan dalam pilihanraya umum ke 13.

Namun demikian, sejak akhir-akhir ini, sudah beberapa gambaran taktik dan strategi kotor dalam PRU digunakan dapat dikesan melalui pendedahan beberapa individu. Ini termasuk pendedahan bekas pemimpin terrtinggi UMNO, Tan Sri Syeikh Abdul Kadir Syeikh Fadzir bahawa UMNO mengamalkan taktik membeli undi dalam pilihanraya sebelum ini. Pengakuan bekas Ketua Penerangan UMNO bahagian Pekan, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz bahawa UMNO mengamalkan taktik persempadanan kawasan mengundi bagi memenangkan mereka menguatkan lagi hujah penipuan yang telah dan bakal dicipta.

Selain itu, isu pertukaran tempat mengundi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari Parlimen Petaling Jaya Utara di Selangor kepada Parlimen Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan amat menggusarkan rakyat. Tidak pasti pula berapa jumlah sebenar ‘mangsa’ pemindahan tempat mengundi dan tiada jaminan pengundi lain tidak akan diperlakukan perkara yang sama dalam PRU ke 13 nanti. SPR pula telah mendaftarkan seramai 240,000 petugasnya sebagai pengundi pos, suatu jumlah yang agak besar dan cukup untuk membantu memenangkan banyak parlimen yang terlibat kepada satu pihak. Pendedahan Dr Hatta Ramli, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat yang juga ahli Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen bagi penambahbaikan pilihanraya bahawa terdapat seramai 79,098 pengundi ragu dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mempunyai alamat sama menambah keraguan adakah pilihanraya kali ini akan berlangsung dalam suasana yang amat kotor.

Oleh yang demikian, PAS WP meminta pemimpin serta jentera Pakatan Rakyat bersiap sedia dengan menumpukan usaha memastikan segala penipuan dalam pilihanraya umum ke 13 nanti dapat dihidu dan dibongkarkan agar taktik ini tidak dapat dilaksanakan nanti. Tidak mustahil semua taktik yang telah didedahkan termasuk ‘taktik tawan Terengganu 2004’ digunapakai di seluruh negara bagi memenangkan sebuah kuasa yang dalam keadaan terdesak sekarang.

PAS WP percaya rakyat mahukan sebuah pilihanraya yang benar-benar adil dan bersih yang ditentukan oleh rakyat sebagai pengundi yang sah. Rakyat juga tidak mahukan sebuah pilihanraya kotor yang sarat di dalamnya dengan unsur penipuan. Masa depan negara perlu ditentukan oleh pengundi sah, bukan ditentukan oleh pengundi yang bukan mendapat warganegara segera, pengundi yang telah mati, serta pengundi pos.

Akhirnya, PAS WP mengingatkan UMNO-BN agar tidak berniat mahupun melakukan apa juga taktik kotor dalam menghadapi PRU ke 13. Jadilah insan yang berjiwa besar dengan menerima apa juga keputusan rakyat dengan menjalani sebuah pilihanraya yang adil dan bersih. Jika tidak, jangan dikesali jika rakyat kemudiannya bangkit meruntuhkan rejim yang kotor dan korup ini dengan cara yang paling menghinakan.

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Ketua Penerangan

PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Mac 2012
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: