ISU PENARI TIANG : JAMIL KHIR TIDAK PRIHATIN KERUNTUHAN AKHLAK UMAT ISLAM!

1

April 2, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menganggap Datuk Seri Jamil Khir tidak sensitif atau prihatin terhadap masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat terutama yang membabitkan masalah umat Islam. DPPM merujuk kepada kenyataan beliau bahawa kes-kes moral tidak harus dilihat dari aspek hukuman sahaja, tetapi pada keperluan memberi kaunseling pada pesalah.

Bagi DPPM, isu yang membabitkan penari tiang terbabit bukanlah isu kecil. Mereka  melakukan suatu dosa yang besar kerana mendedahkan aurat disamping mendorong umat Islam melakukan perbuatan zina dengan berkelalukan lucah. Masyarakat mempertikaikan hukuman tersebut kerana merasakan denda yang dikenakan terlalu kecil iaitu hany RM25 seorang berbanding kesalahan yang mereka lakukan.

Dalam hal ini, Datuk Seri Jamil Khir perlu ingat bahawa gejala sosial dalam masyarakat di negara ini sudah berada di tahap yang membimbangkan. Gejala pelacuran, perzinaan, anak luar nikah, bersekedudukan membawa kepada perlakuan jenayah seperti rogol, membuang bayi,  membunuh dan sebagainya semakin menular dalam masyarakat. Ia didorong oleh gejala seks bebas, pergaulan bebas lelaki dan wanita, pengaruh filem, penggunaan internet tanpa kawalan, serta adanya kelab-kelab malam, pusat hiburan, rumah urut seperti itu. Lebih malang apabila yang terlibat dalam industri seks sebagai penari lucah di kelab malam ini adalah gadis Melayu beragama Islam. Soalnya, berapa ramai lagi gadis Melayu beragama Islam yang melakukan perkara yang sama masih bebas tanpa tangkapan atau dakwaan?

Sesuatu hukuman yang dikenakan adalah untuk mendidik serta sebagai pengajaran keras  terhadap pesalah serta orang lain yang terlibat atau berniat melakukan kesalahan seperti mereka. Apakah pengajaran yang boleh diambil dengan hanya denda RM 25 sahaja seorang? Mampukah denda RM 25 memperi peringatan keras kepada individu lain daripada menceburi bidang yang haram ini?

Memberi kaunseling sebagai suatu aspek mendidik dan menasihati pesalah. Memberi kaunseling kepada pesalah penting, tetapi dalam masa yang sama kesalahan yang dilakukan perlu dikenakan hukuman. Hukuman pula perlulah setimpal dengan kesalahan seseorang itu. Hukuman yang setimpal juga adalah sebagai kaunseling terbaik kepada semua pihak, sama ada pesalah dan masyarakat. Kerana itulah Islam menjatuhkan hukuman bagi sesuatu kesalahan di khalayak ramai, supaya semua pihak dapat mengambil pengajaran darinya.

Ternyata Datuk Seri Jamil Khir gagal menjaga agama Islam dan umatnya di negara ini. Beliau menganggap kesalahan itu sebagai remeh dan hukumannya setimpal sedangkan umat Islam menganggap kesalahan mereka amat besar manakala hukuman terhadap mereka amat kecil. Tidak terbayang pula bagaimana pemimpin seperti ini boleh menjaga akidah umat Islam yang jauh lebih bahaya dan sedang tergugat sekarang.

Disediakan oleh;


RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

One thought on “ISU PENARI TIANG : JAMIL KHIR TIDAK PRIHATIN KERUNTUHAN AKHLAK UMAT ISLAM!

  1. mia sara lina berkata:

    saya bersetuju dengan cadangan tuan / puan………….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

April 2012
M T W T F S S
« Mar   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: