PAS YAKIN WILAYAH PERSEKUTUAN KEKAL KUBU KUAT PAKATAN RAKYAT SELEPAS PRU 13

Tinggalkan komen

April 2, 2012 oleh pemudawilayah


PAS Wilayah Persekutuan begitu optimis dan yakin bahawa pengundi-pengundi di Wilayah Persekutuan akan mengekalkan kemenangan besar Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur sebagaimana yang dicapai dalam PRU 12 pada 2008 dan seterusnya mencipta kemenangan bersejarah di Parlimen Setiawangsa, Putrajaya dan Labuan dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang ini.

Momentum terkini menyaksikan bahawa rakyat di bandar dan juga di luar bandar secara konsisten menolak UMNO dan Barisan Nasional yang dilihat semakin teruk diselubungi dengan najis rasuah, kronisme, penyelewengan duit rakyat secara mega dan penyalahgunaan kuasa yang melampau. Mood rakyat kekal membenci segala kezaliman dan ketidakadilan UMNO/BN walaupun rakyat ditabur dengan gula-gula pilihanraya dan projek segera menjelang PRU13 ini. Masyarakat di bandar mempunyai akses kepada media baru dan kadar celik maklumat yang tinggi. Rakyat semakin bijak membuat perbandingan dan penilaian di antara kejayaan-kejayaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat dari segi ekonomi, pelaburan, urus tadbir yang baik  dan kebajikan yang diberikan kepada rakyat berbanding lakonan sandiwara pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang semakin galak menjelang PRU13 ini.

Masyarakat di bandar tidak mudah ditipu dan digula-gulakan oleh UMNO/BN. Mereka  menyaksikan bahawa UMNO/BN tidak pernah berubah meskipun kalah teruk, 10 daripada 13 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan dalam PRU12. UMNO/BN masih gagal menangani permasalahan besar warga kota meskipun memegang tampuk pemerintahan Negara sudah sekian lama. Isu-isu seperti masalah pengangkutan awam yang semakin teruk, perumahan rakyat yang bercelaru, masalah pendatang asing yang memonopoli perniagaan dan menjadikan Kuala Lumpur sebagai lubuk mereka, golongan miskin bandar yang dipinggirkan dan masalah sosial yang semakin parah di kalangan generasi muda. Begitu juga dengan kebajikan penjawat-penjawat awam yang masih gagal diselesaikan dengan baik dan isu pemilikan hartanah warga kota yang semakin terancam.

Di kala media memaparkan perbelanjaan luar biasa dan pembaziran mega pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO dalam urusan keluarga dan peribadi mereka dengan menggunakan duit rakyat, penduduk-penduduk  warga kota terus dihimpit dan dibebani dengan kos sara hidup yang semakin tinggi dan membebankan. Kekayaan Negara tidak dikongsi dengan adil kepada rakyat dan hanya berlegar di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO/BN sahaja.  Semua ini disaksikan rakyat dan ia merupakan ramuan yang lengkap untuk penduduk warga kota menolak terus UMNO/BN dari lanskap politik di Wilayah Persekutuan khasnya dan Malaysia amnya dan memilih Pakatan Rakyat yang terbukti mengutamakan hal-ehwal kebajikan rakyat bukannya diri sendiri dan kroni.

UMNO juga gagal untuk menjaga hakmilik dan pegangan tanah orang-orang Melayu di kampung-kampung tradisi di sekitar Kuala Lumpur khususnya di Kampung Bharu yang merupakan satu-satunya pegangan tanah milik penuh orang Melayu di tengah-tengah  bandaraya Kuala Lumpur ini. Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu 2011 yang telah diluluskan di Parlimen baru-baru ini walaupun dibantah keras oleh ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat, dikhuatiri akan digunakan oleh UMNO/BN sebagai mekanisme untuk mengambil tanah dan mengurangkan terus pemilikan tanah orang Melayu, kononnya atas nama pembangunan. Begitu juga dengan pemilikan-pemilikan tanah rakyat di beberapa tempat lain di Wilayah Persekutuan yang dilihat semakin terancam di mana Kerajaan boleh pada bila-bila masa menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 dan undang-undang lain yang berkaitan untuk merampas tanah rakyat atas nama pembangunan.

PAS Wilayah Persekutuan yakin dengan perkembangan mutakhir ini dan momentum rakyat yang secara terang dan konsisten menolak UMNO/BN, maka Pakatan Rakyat mampu mengekalkan kecermelangan sebagaimana PRU12 dan mencipta kemenangan bersejarah di 3 kerusi Parlimen yang dimenangai BN pada PRU 12 iaitu Setiawangsa, Putrajaya dan Labuan. PAS Wilayah Persekutuan akan menampilkan calon-calon yang bersih dari segala rasuah dan penyelewengan, berwibawa, disenangai rakyat dan professional. Pakej yang terbaik akan dipersembahkan kepada rakyat untuk penduduk warga kota memilih wakil yang dapat menyuarakan hak-hak  mereka di Parlimen.

AHMAD ZAMRI BIN ASA’AD KHUZAIMI

Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan

2 April 2012

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 126 other followers

April 2012
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: