SIAP SIAGA HADAPI ‘SILAP MATA’ PRU 13

Tinggalkan komen

April 3, 2012 oleh pemudawilayah


PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) memberi amaran kepada pemimpin Pakatan Rakyat supaya bersiap siaga menghadapi apa jua tipu daya yang bakal tersingkap menjelang PRU ke 13. Ini berikutan dengan laporan media yang menyatakan bahawa terdapat 17 buah kerusi Parlimen mencatatkan peningkatan lebih daripada 20 peratus bilangan pengundi sejak pilihan raya umum 2008.

Parlimen tersebut merangkumi kawasan kubu kuat BN seperti Parlimen Pekan di Pahang, Gua Musang di Kelantan, Bukit Gantang, Gopeng (Perak), Hulu Selangor,  Selayang, Hulu Langat, Serdang, Puchong, Subang dan Kota Raja di negeri Selangor. Tujuh lagi kerusi terdapat di negeri Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat, masing-masing tiga di Perak dan Johor, dua di Pahang dan masing-masing satu di Kelantan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Kerusi Parlimen Pekan dan Gua Musang mencatatkan peningkatan undi kerana kemungkinan pihak tertentu merasa cemas dalam mempertahankan kedudukan mereka sehingga sanggup menaikkan jumlah  bilangan undi sebanyak 20 peratus. Sebaliknya, di parlimen yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat, ada kemungkinan pihak tertentu yang mahu merampas Parlimen tersebut dari Pakatan Rakyat dengan usaha peningkatan undi luar biasa itu.

Oleh yang demikian, PAS WP mengingatkan persiapan jentera Pakatan Rakyat bukan hanya perlu tertumpu kepada aspek yang biasa sahaja, malah juga merangkumi perkara yang luar biasa dan di luar kotak pemikiran yang normal. Telah banyak petanda perkara-perkara pelik berlaku seperti pertambahan jumlah pengundi pos, pengundi yang dipindahkan tempat mengundi, pengundi yang hilang dalam senarai daftar pemilih, pengundi ragu, pengundi yang mempunyai alamat yang sama, peningkatan jumlah undi mendadak di beberapa buah parlimen serta  lain-lain lagi.

PRU ke 13 adalah penentu hidup dan mati sebuah kuasa yang telah bertapak lama di negara ini. Bukan mudah mencabut kuku kekuasaan yang telah lama mencengkam. Mereka sanggup berbuat apa sahaja demi memastikan mereka berada di persada kuasa buat beberapa penggal lagi. Kekalahan adalah istilah yang paling mengerikan dalam hidup mereka, justeru, mereka sanggup bermati-matian mempertahankan kuasa mereka walau mungkin mencalar nilai demokrasi di negara ini. Seperti yang pernah diungkapkan oleh Perdana Menteri ‘untuk pertahankan Putrajaya sehingga ke titisan darah yang terakhir’, tidak mustahil akan banyak lagi berlaku silap mata menjelang atau semasa PRU ke 13.


MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Ketua Penerangan

PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

April 2012
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: