TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA SIASAT PENGKHIANAT JUAL NEGARA

Tinggalkan komen

April 4, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius kenyataan YB Datuk Haji Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena bahawa wujudnya ‘task force’ yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya.

Dalam satu kenyataan media hari ini, YB Datuk Haji Mahfuz mendedahkan ‘task force’ tersebut diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Malah beberapa pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dikatakan terlibat sama antaranya, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah, Nik Norashikin  Nik Mansur, Rashid Basiron, dan Shahrul Anwar Ahmad Zahidi.

DPPM berpandangan, pendedahan Datuk Haji Mahfuz Omar merupakan sesuatu yang amat  serius kerana ia melibatkan integriti serta kedaulatan negara. Sekiranya rakyat asing sudah diberikan taraf kerakyatan negara ini dan seterusnya dibenarkan untuk mengundi dalam Pru ke 13, ini menandakan tahap keselamatan negara sudah berada dalam keadaan bahaya. Ini memberi gambaran bahawa bila-bila masa sahaja negara boleh dijual kepada warga asing oleh mereka yang mengkhianati amanah rakyat sebagai pemimpin kanan kerajaan.

Pendedahan ini membenarkan lagi telahan banyak pihak bahawa BN sedang merancang untuk melakukan penipuan secara besar-besaran bagi menghadapi PRU 13. DPPM merasa amat kesal kerana BN tidak bersikap ‘gentleman’ dan tidak bersedia menghadapi kenyataan dengan menerima apa juga keputusan rakyat dalam pilihanraya. BN terlalu terdesak mengekalkan kuasa meskipun ditolak oleh rakyat sehingga sanggup mengambil warga asing sebagai warga negara dan sebagai pengundi. Bahkan, BN tergamak memperkudakan agensi kerajaan bagi meraih kepentingan diri mereka dan tidak kisah sekiranya integriti agensi kerajaan seperti SPR dan JPM jatuh menjunam serta menjadi cemuhan rakyat tempatan mahupun masyarakat antarabangsa.

Oleh itu, DPPM bersetuju supaya Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat kenyataan Datuk Mahfuz ini. Sekiranya benar dakwaan ini, kesemua nama yang disebut perlu diseret ke muka pengadilan meskipun ia akan menjerat sama pemimpin negara. Mereka ini adalah pengkhianat negara dan tidak mungkin ada kemaafan bagi mereka. DPPM turut mendesak Perdana Menteri menangguhkan pilihanraya sehingga Suruhanjaya Diraja selesai melakukan siasatan terhadap dakwaan ini. PRU ke 13 adalah hak rakyat Malaysia yang sah, bukan hak warga asing yang diberikan taraf kerakyatan dan seterusnya diberikan peluang untuk mengundi.

Disediakan oleh;

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

April 2012
M T W T F S S
« Mar   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: