HIMPUNAN BERSIH 3.0 : SPR TIDAK PERLU MERASA ‘GELISAH’

Tinggalkan komen

April 5, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar supaya jangan panik dengan pengumuman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) untuk menganjurkan perhimpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April 2012. Bagi DPPM, kenyataan Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar yang menyifatkan perhimpunan ini sebagai tindakan terburu-buru menunjukkan ‘kegelisahan beliau dalam melindungi sesuatu’.

Sepatutnya, Datuk Wan Ahmad tidak perlu mengulas Himpunan Bersih 3.0 kerana itu bukan kerja beliau. Tugas utama beliau, adalah memastikan perjalanan pilihnraya berlangsung dengan adil dan bersih. Beliau tidak perlu bertindak bagi pihak Perdana Menteri atau kerajaan Malaysia. Yang perlu mengulas isu himpunan Bersih 3.0 adalah kerajaan, sama ada Perdana Menteri, menteri terbabit atau pihak polis. Kenyataan beliau menyerlahkan lagi tahap kecondongannya kepada satu pihak.

Datuk Wan Ahmad tidak perlu merasa cemas kerana himpunan Bersih 3.0 adalah perhimpunan aman. Tujuannnya adalah untuk mengingatkan kerajaan dan SPR agar berlaku adil dalam PRU ke 13. Jangan menipu, jangan menyeleweng, jangan main wayang atau ‘silap mata’. SPR jangan bimbang kerana hasil himpunan ini rakyat sendiri akan memerhati setiap pergerakan SPR mahupun kerajaan dalam PRU ke 13 dan setiap penipuan pasti akan dapat dihidu dan dibongkarkan. Ini kerana sudah banyak hints oleh banyak pihak sebagai gambaran PRU ke 13 adalah pilihanraya yang paling kotor dan rakyat tidak bersedia mendengarnya.

Justeru, jika SPR yakin tidak ada unsur penipuan selama ini apa yang hendak ditakutkan?  SPR patut ucap terima kasih kerana rakyat membantu melicinkan lagi usaha SPR mahu membersihkan sistem pilihanraya. Bersih 3.0 juga membantu  PSC dalam mendesak kerajaan mempercepatkan pembersihan pilihanraya. Hanya dibimbangi rakyat usul PSC tidak sempat dilaksanakan kerana Perdana Menteri membubarkan parlimen mengikut hati beliau.

Himpunan Bersih 3.0 juga adalah sebagai ‘loceng amaran’ kepada rakyat supaya bersedia menghadapai PRU ke 13 yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa. Himpunan Bersih 3.0 akan mengingatkan rakyat supaya mengosongkan tarikh pada 2 bulan terakhir ini (Mei dan Jun) agar jangan menyusun jadual ke luar negara. Memandangkan Perdana Menteri tidak mahu mengumumkan tarikh awal pilihanraya, rakyat hidup dalam keadaan teraba-raba. Justeru, Bersih 3.0 terpaksa diadakan bagi membina momentum rakyat menghadapi PRU 13.

Disediakan oleh;

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

April 2012
M T W T F S S
« Mar   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: