PEMUDA PAS GERAKKAN JENTERA SELURUH NEGARA SERTAI BERSIH 3.0

Tinggalkan komen

April 5, 2012 oleh amalwp


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik pengumuman Gabungan Piihanraya Bersih dan Adil (Bersih) untuk mengadakan Himpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April 2012, jam 2 petang bertempat di Dataran Merdeka.

Bagi menyahut seruan itu, DPPM bersedia menggerakkan seluruh jentera pemuda dari negeri-negeri, kawasan dan cawangan-cawangan bagi menyertai himpunan bersih 3.0. Bahkan, DPPM akan memastikan penglibatan teramai anak-anak muda dengan sasaran seramai 100,000 anak muda akan bersedia turun ke himpunan tersebut. Sehubungan itu, DPPM akan mengadakan mesyuarat khas bagi membentuk jawatankuasa dan melantik pengerusi bertindak di setiap negeri bagi mengerah dan mempromosikan Bersih 3.0.

Bagi DPPM, semboyan himpunan Bersih 3.0 terpaksa ditiup memandangkan tiadanya usaha secara agresif oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta kerajaan Malaysia bagi membersihkan sistem pilihanraya di negara ini. Meskipun Jawatankuasa Khas Parlimen Bagi Penambahbaikan Sistem Pilihanraya di Malaysia (PSC) dibentuk, namun sehingga sekarang belum nampak sistem pilihanraya di negara ini dibersihkan keseluruhannya. Malah 8 tuntutan Bersih masih belum dilaksanakan sepenuhnya dalam keadaan negara bakal berdepan dengan PRU ke 13 bila-bila masa dari sekarang.

Pendedahan terbaru amat menggemparkan apabila YB Datuk Haji Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa terdapat ‘task force’ yang yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti. Ia diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Ini termasuk juga beberapa pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seperti Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah, Nik Norashikin  Nik Mansur, Rashid Basiron, dan Shahrul Anwar Ahmad Zahidi. DPPM mencabar pihak kerajaan serta nama-nama yang disebut oleh YB Dato Mahfuz untuk membuktikan bahawa dakwaan itu salah dan tidak benar. Kerajaan juga diminta menafikan akan dakwaan tersebut.

Pendedahan ini membayangkan bahawa Perdana Menteri sendiri merestui usaha penipuan secara besar-besaran dalam PRU ke 13. Ia menjadi bukti bahawa semenangnya BN berniat tidak mahu PRU ke 13 diadakan dalam keadaan bersih  dari sebarang penyelewengan.

DPPM percaya rakyat sudah muak dengan janji kosong Perdana Menteri untuk memastikan perjalanan pilihanraya bersih. Justeru, Bersih 3.0 pada 28 Aril 2012 tidak dapat dielakkan kerana inilh caranya rakyat dapat mengajar BN menghormati nilai demokrasi di negara ini yang mati.

RAJA AHMAD ISKANDAR AL HISS

Naib Ketua

Dewan Pemuda PAS Malaysia 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

April 2012
M T W T F S S
« Mar   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: