Jamil Khir diminta perjelas lawatan YDP Yadim

1

April 6, 2012 oleh pemudawilayah


KUALA LUMPUR, 5 April:Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan terhadap Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang lari daripada peranannya selepas adanya pelantikan Yang Dipertua (YDP)  baru.

Ketika berbahas dalam penggulungan bagi Jabatan Perdana Menteri, Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria berkata dalam tempoh dua tahun selepas perlantikan YDP baru didakwa telah melawat lebih 10 buah negara.

“Negara berkenaan termasuklah Mesir, Australia, Afrika Selatan, Indonesia, Mynamar, Thailand, Korea dan difahamkan negara yang bakal dilawati selepas ini adalah Ireland. Malah dia dikatakan membawa rombongan besar setiap kali keluar negara,” katanya.

Ekoran itu, bagi Nasir, tindakan orang penting Yadim itu dilihat sebagai satu pembaziran di mana berpuluh-puluh ribu dibelanjakan untuk mengadakan lawatan tersebut.

Nasir juga membangkitkan dakwaan YDP Yadim, Datuk Aziz Jamaluddin Mohd Tahir telah melantik pengerusi Yadim di beberapa negeri seperti Perak, Kedah, Melaka, Pulau Pinang dengan memberikan elaun yang besar sedangkan setiap negeri sudah mempunyai Pengarah Yadim.

Jelasnya, Yadim juga baru selesai melantik CEO baru yang diketahui umum tidak cekap, rendah integriti dan kurang dihormati oleh kakitangan sebelumnya, selepas pegawai tadbir diplomatik yang tidak disambung kontrak.

“Pelantikan CEO baru Yadim kurang disenangi kakitangan dan pelantikan itu tidak diluluskan oleh Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Amanah Yadim yang diadakan di Surabaya,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan kewajaran pelantikan Dr Mohd Fairuz Khairudin sebagai Pengarah Sukarelawan Al Falah yang dilaporkan bukan sahaja tidak menghadiri mesyuarat bahkan tidak menjalankan tugas selepas lebih 10  bulan dilantik.

“Pelantikan itu tidak hanya melantik semata-mata dan tidak ada tugas yang khusus, dan saya lihat ia lebih kepada kerja-kerja politik,” katanya,

Justeru, katanya kecelaruan yang berlaku di dalam Yadim hari ini ekoran pelantikan YDP baru dilihat lebih memenuhi kehendak sesetengah pihak yang berkepentingan walaupun hakikatnya tidak menunjukkan kerja-kerja dakwah.

Yadim ditubuhkan pada tahun 1974 untuk menyelaras dan menyatukan badan-badan dakwah dan membantu badan-badan ini supaya berperanan secara membina untuk pembangunan umat dan meningkatkan kefahaman Islam supaya masyarakat Islam memainkan peranan aktif dalam proses kemajuan. – Harakahdaily

Advertisements

One thought on “Jamil Khir diminta perjelas lawatan YDP Yadim

  1. wak sojeck berkata:

    Setiap YDP mempunyi langkah2 tertentu untuk jabatan masing2
    Mungkin yadim ada alasan sendiri. Untuk memperbaiki mutu kerja
    Yg ada.
    Lagi pun banyak pelajar2 malaysia ada berada di luar negara
    Jd tak salah rasanya jabatan yadim memantau pelajar2 di dalam atau di luar negara.
    Agar tidak terpisong akidah dari gejala sosial luar negara……..”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 123 other followers

April 2012
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: