TINDAKAN UTHM DAKWA PELAJAR TIDAK SAH DI SISI UNDANG-UNDANG

Tinggalkan komen

April 6, 2012 oleh pemudawilayah


Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Dewan Pemuda PAS Malaysia memandang serius berkenaan isu perbicaraan tatatertib  terhadap 3 orang pemimpin pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang didakwa melakukan kesalahan di bawah Kaedah 3(a)(i) dan Kaedah 14 Kaedah-Kaedah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar 2009).

JUHAM mendapati bahawa pihak Jawatankuasa Tatatertib Hal Ehwal Pelajar UTHM telah melanggar banyak prosedur pertuduhan sebelum perbicaraan yang dijadualkan berlangsung hari ini. Pihak JUHAM telah menghantar representasi dan bantahan awal kepada Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM memaklumkan kecacatan prosedur dan hak asasi yang tidak dipatuhi oleh pihak Universiti.

Selain daripada terdapat banyak kecacatan pada kertas pertuduhan itu sendiri, perkara asas kepada bantahan JUHAM adalah Kaedah yang digunapakai oleh Pihak Berkuasa Tatatertib UTHM adalah Kaedah yang ultra vires dan jelas bercanggah dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan) 2009.

Selain itu juga, Kertas Pertuduhan yang diserahkan kepada pemimpin pelajar terbabit juga tidak mempunyai tarikh  dan tidak dinyatakan secara spesifik butir-butir kesalahan yang dilakukan oleh mereka bertiga selain daripada pertuduhan yang bercanggah dengan Kaedah yang digunakan ke atas mereka. Ruang untuk mereka membela diri juga tidak diberikan, malah mereka terus dipanggil untuk menghadapi perbicaraan tersebut dengan kemungkinan dijatuhkan hukuman penggantungan atau dibuang daripada universiti.

JUHAM melihat tindakan yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib UTHM adalah bersifat terburu-buru dan pra matang. Asas kepada isu ini ialah bantahan mahasiswa  terhadap program UMNO yang dipaksa ke atas pelajar-pelajar UTHM yang diadakan pada 18 November 2011 dengan kehadiran Ketua Penerangan UMNO, Dato’ Ahmad Maslan. Mahasiswa di dua kolej kediaman iaitu Kolej Kediaman Tun Fatimah dan Kolej Tun Dr. Ismail dipaksa hadir dengan menutup lampu-lampu mereka. Ini adalah satu tindakan yang sangat tidak matang dan pihak Universiti pula ingin mengambil tindakan terhadap 3 mahasiswa tersebut bagi melindungi kepentingan politik UMNO semata-mata.

Walaupun prosiding tata-tertib tersebut telah ditangguhkan, pihak JUHAM akan terus membantu  3 mahasiswa UTHM ini bagi mendapatkan keadilan yang sewajarnya buat mereka. JUHAM akan memberikan sokongan, nasihat dan bantuan perundangn secara percuma kepada mahasiswa-mahasiswa yang ditekan, diugut dan dizalimi seperti ini. Mahasiswa adalah pewaris kepada kepimpinan masa depan Negara dan sumbangan mereka amat bermakna. Mereka tidak patut ditindas dan dilayan sebegini rupa oleh kerajaan UMNO/BN.

AHMAD ZAMRI BIN ASA’AD KHUZAIMI

Pengarah

Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM)

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 123 other followers

April 2012
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: