Artis, sasterawan berhimpun 10 hari sebelum Bersih 3.0

Tinggalkan komen

April 10, 2012 oleh pemudawilayah


KUALA LUMPUR, 10 April: 10 hari menjelang perhimpunan 28 April ini, penyokong Bersih menganjurkan perhimpunan menjelang Bersih 3.0.

Perhimpunan Rapat Rakyat Countdown 10 hari menjelang Bersih 3.0 ini akan diadakan pada 17 April ini di Padang Kelab Sultan Sultan, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Ia akan bermula jam 8 malam dengan membariskan para penggerak perhimpunan dari pelbagai pihak.

Bersih 3.0 dengan tema ‘Duduk dan Bantah’ akan diadakan di Dataran Merdeka 28 April ini.

Perhimpunan ini dibuat ekoran kegagalan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) memberikan jaminan yang boleh diterima untuk mempastikan pilihan raya umum akan datang berjalan dengan baik.

Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS pula mendedahkan kewujudan satu ‘Task Force’ yang disertai oleh pegawai khas perdana menteri, SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman ini anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan 13 organisasi anak muda dan mahasiswa Malaysia.

Mengetuai perhimpunan ini adalah penggerak utama perhimpunan ini iaitu Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS.

Selain beliau, yang akan hadir dan turut berucap adalah, Tian Chua (PKR), Nurul Izzah (PKR), Antony Loke (DAP), Teressa Kok (DAP), Pak Samad Said (BERSIH), Maria Chin (BERSIH), Datuk Husam Musa (PAS), Hishamuddin Rais,  Aziz Bari (bekas Prof. UIA),  Dr. Nasir Hashim (PSM), Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Turut serta adalah penyanyi lagu baru “Mentari Kuning Menyalalah” iaitu BLACK (Amin Iskandar), penyanyi Aisyah,    che’GuBard (SAMM), Adam Adli, Elizabeth Wong (PKR)dan ramai lagi pimpinan dan wakil – wakil organisasi massa. – Harakahdaily

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

April 2012
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: