PATAHKAN USAHA BN RAMPAS SELANGOR ALA TERENGGANU 2004

Tinggalkan komen

April 17, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta jentera pilihanraya Pakatan Rakyat Selangor berjaga-jaga dan mengambil perhatian terhadap amaran yang dilaungkan oleh Presiden PAS, YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bahawa taktik UMNO merampas Terengganu pada 2004 akan berulang di negeri Selangor pada PRU ke 13 kali ini.

DPPM melihat kenyataan YB Dato’ Seri Presiden PAS seperti menggambarkan apa yang bakal berlaku di Selangor pada PRU ke 13. Sudah tentu, Presiden PAS tidak akan mengutarakan kebimbangan ini jika tidak ada sumber maklumat yang diterima olehnya. Pasti beliau mengetahui bahawa UMNO-BN sedang merancang penipuan besar-besaran ala-Terengganu 2004 dahulu. DPPM juga dapat merasakan penipuan kali ini adalah penipuan yang paling besar dalam sejarah negara yang akan menghitamkan seluruh nilai demokrasi di negara ini.

Bagi DPPM, perkara ini tidak mustahil akan dilakukan oleh BN memandangkan Selangor adalah ‘lubuk kemewahan’ buat mereka. Mereka terlalu mengidamkan Selangor sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi mendapat kembali negeri itu. BN rela hilang negeri-negeri lain asalkan Selangor mereka berjaya dapatkannya kembali.

Dengan beberapa siri pendedahan yang dibuat membuktikan bahawa suatu ‘grand design’ sedang dirancang bagi merealisasikan hasrat mereka itu. Ini termasuk pendedahan mengenai kewujudan task force pemberian kad pengenalan kepada warga asing, pertambahan undi mendadak di beberapa buah Parlimen dan DUN khususnya di kawasan yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, pertukaran tempat mengundi, kad pengenalan klon, dan lain-lain lagi. DPPM menjangkakan dengan tindakan sedemikian tidak mustahil keputusan PRU 13 nanti akan menyaksikan suatu fenomena luar biasa iaitu penambahan undi yang mendadak dan melampau di banyak kawasan di Selangor.

Mungkin bagi BN, mereka tidak peduli hilang sokongan rakyat terhadap mereka, serta tidak kisah jika mencabuli prinsip demokrasi di negara ini. Yang penting mereka boleh merampas kerajaan yang diangkat oleh pengundi yang sah di negara ini. Jika kerajaan Perak yang dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya juga dikhianati dengan merampasnya sesuka hati, bagaimana pula dengan kerajaan Selangor yang memiliki segala-galanya itu.

Usah dihairankan apabila keputusan pilihanraya nanti menjadikan seolah-olah pengundi Selangor memilih untuk membayar bil air bulanan berbanding air percuma 20 meter padu yang mereka nikmati pada hari ini. Agak memeranjatkan apabila keputusan pilihanraya mewujudkan suatu persepsi seakan-akan anak-anak muda menolak penghapusan PTPTN dan memilih untuk membayarnya kembali. Atau rakyat memilih pemimpin yang korup dan rasuah daripada pemimpin yang bersih dan mengutamakan rakyat. Semua ini adalah ‘magik’ yang akan dicipta dalam PRU ke 13 di Selangor.

Disediakan oleh;

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

April 2012
M T W T F S S
« Mar   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: