PEMILIHAN PEGAWAI KANAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI PERLU BEBAS DAN BERSIH

Tinggalkan komen

April 17, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa amat prihatin terhadap kriteria pemilihan dan perlantikan pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT)  yang terdiri daripada Pengarah-Pengarah Bahagian dan juga pegawai-pegawai  kanan Institusi Pengajian Tinggi Awam termasuk Naib-naib Canselor dan Timbalan-timbalan Naib Canselor. Ini memandangkan mereka yang dilantik akan mencerminkan contoh kepada generasi muda sebagai ikutan dan pendorong kepada pembinaan generasi berakhlak mulia dimasa hadapan.

DPPM berharap supaya KPT melaksanakan secara telus dan tegas pemilihan pegawai-pegawai kanannya berasaskan kriteria kecemerlangan, ketokohan, mempunyai visi yang jelas, berminda bersih, berakhlak mulia dan bebas dari akhlak dan perbuatan yang mungkar. Adalah wajar disetiap pelantikan diasaskan kepada tapisan/‘screening’ ketat oleh jawatankuasa pemilihan bebas sepertimana yang dilakukan oleh university tersohor, sebagai contoh  Harvard, Cambridge dan Virginia Tech. Univ.  Hanya calon terbaik berasaskan kriteria kecemerlangan dan capaian akademik yang cemerlang serta melepasi fasa ‘screening’ yang ketat oleh Jawatankuasa Pemilih Bebas sahaja yang patut dipertimbangkan untuk pelantikan jawatan kanan akademik dan bukan akademik di IPTA mahupun agensi-agensi lain dibawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Berasaskan kepada kriteria ini serta maklumat yang diperolehi terdapat banyak keraguan terhadap pelantikan pegawai kanan universiti dan pengarah-pengarah bahagian di kementerian. Umpamanya terdapat maklumat pada bulan Februari 2012 dimana salah seoarang pengarah bahagian KPT telah ditangkap khalwat di sebuah hotel di Ipoh, Perak. Dan terdapat juga maklumat bahawa Pengarah tersebut diantara calon yang bakal untuk dilantik sebagai Naib Canselor IPTA. Sekiranya ini berlaku dan maklumat tersebut benar, maka nama KPT amnya dan IPTA khusus akan tercemar dan terjejas kerana memiliki pegawai dan pimpinan yang rendah moral. Sudah pastilah mereka seperti ini tidak layak menerajui sebuah menara gading yang seharus dipimpin oleh oleh seorang yang berintegriti, cemerlang, berwawasan dan berakhlak mulia.

DR RAJA AHMAD AL HISS

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

April 2012
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: