KEJADIAN GANAS TANDA BERAKHIRNYA REJIM UMNO-BN

Tinggalkan komen

April 20, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar tindakan ganas sekumpulan samseng yang bertindak memukul dan mencederakan sekumpulan mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka semalam.

DPPM menganggap tindakan sedemikian adalah tindakan golongan yang pengecut dan tidak bertamadun. Mereka yang melakukan demikian hanya berani menentang dan memukul mahasiswa yang tidak bersenjata, tetapi kecut perut dan mengangguk terhadap rejim pemerintah yang berlaku zalim sewenang-wenangnya.

DPPM hairan mengapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku ganas semalam. Malah, DPPM dimaklumkan pegawai polis yang berdekatan membiarkan sahaja aksi ganas dilakukan oleh sekumpulan samseng itu tanpa berbuat apa-apa. Bahkan, ibu pejabat Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Bukit Aman terletak tidak jauh dari tempat kejadian. Mustahil pihak polis tidak dimaklumi dan bergegas ke Dastaran Merdeka bagi menangkap pelaku jenayah tersebut.

Kejadian ini pula berlaku di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. Ia membayangkan bahawa negara ini tidak selamat dari kejadian samseng, pukul dan ganas terhadap rakyatnya sendiri. Apakah pihak polis dan kerajaan mahu membiarkan budaya ganas menular di negara ini?

Mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka bukanlah pelaku jenayah. Mereka memperjuangkan hak mahasiswa serta rakyat Malaysia yang lainnya yang inginkan kerajaan memberikan pendidikan percuma. Jika mereka bersalah, pihak berkuasa yang sepatutnya ambil tindakan terhadap mereka, bukan mengupah samseng berkelakuan liar dan bertindak sesuka hati.

DPPM mengingatkan tindakan ala mafia ini menandakan akan berakhirnya kuasa pemerintahan UMNO-BN di negara ini. Tindakan ini mengulangi episod keganasan rejim pemerintah di dunia ini seperti Hosni Mubarak di Mesir, Bashar Al Assad di Syria, Soeharto di Indonesia dan Thaksin di Thailand. Kesemua mereka akhirnya rebah dan menjadi hina pada pandangan masyarakat. Kejadian ini adalah suatu tragedi yang menyayat hati dan menjadi penanda aras kemenangan perjuangan rakyat dan runtuhnya sebuah rejim yang lama memerintah di negara ini.

Disediakan oleh;

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

April 2012
M T W T F S S
« Mar   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: