Nasib guru, polis berbeza di bawah BN

3

April 20, 2012 oleh pemudawilayah


KUALA LUMPUR: Kelab Pekerja dan Profesional Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) menyokong penuh usaha yang akan dilakukan oleh Bersih 3.0 untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran ‘Duduk & Bantah’ di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Pengerusinya, Dr Ghazali Hasbullah berkata, salah satu dari lapan tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih 3.0 adalah mengukuhkan institusi awam.

Tambahnya, tidak dinafikan bahawa para penjawat awam dan institusi awam adalah nadi kepada pembangunan negara.

Justeru, katanya jatuh bangunnya penjawat awam dan institusi tersebut boleh mencerminkan kemajuan dan kestabilan sesebuah negara.

Menurut fakta dari Jabatan Perkhidmatan Awam, penjawat awam kini mencecah 1.4 juta orang.

Dari jumlah tersebut, 42.9 peratus terdiri dari polis dan guru.

Katanya, mengikut pengalaman lepas, dua kumpulan itu mendapat nasib yang berbeza di bawah pentadbiran kerajaan Umno BN.

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia diguna sewenang-wenangnya bagi menghalang Pakatan Rakyat menyatakan hak mereka sedangkan setiap rakyat mempunyai hak-hak tertentu dalam sebuah negara yang merdeka dan demokrasi ini.

“DPMM menyeru Polis Diraja Malaysia agar bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang, bukannya mengikut telunjuk politik kotor dari Umno BN,” katanya kepada Harakahdaily.

Katanya lagi, guru pula penjawat awam yang selalu diugut, diarah melakukan sesuatu di luar norma kerja harian mereka, yang mana antara ugutan yang biasa adalah penukaran tempat kerja dan tidak naik pangkat.

“Dakwaan ini bukan kosong, malah telah berlaku kepada ramai guru yang diarahkan bertukar 24 jam akibat dari campur tangan politik Umno BN kerana kononnya guru-guru tersebut menyokong pembangkang,” ujarnya.

Tambahnya, Umno BN juga menyalahgunakan kuasa dengan menggunakan jentera kerajaan sepenuhnya semasa berkempen.

“Perkara sebegini kita perhatikan setiap kali pilihanraya. Kenderaan jabatan digunakan tanpa rasa segan silu dalam kempen parti mereka.

“Lebih menyedihkan lagi para penjawat awam tertentu dipaksa turun untuk membantu kempen calon Umno BN,” katanya.

Menurutnya lagi, jika penjawat awam tersebut cuba bersuara, mereka akan diugut untuk ditukarkan ke pendalaman dan tidak dinaikkan pangkat.

Bagi beliau, sudah sewajarnya institusi awam diperkukuhkan dan direformasi agar tiada campur tangan politik kotor pemerintah.

“Kelab Pekerja dan Professional Muda DPMM, sekali lagi meyatakan sokongan dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman seperti tuntutan yang dibuat oleh Bersih 3.0 ini,” ujarnya.

Katanya, Kelab Pekerja dan Professional Muda DPMM juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk turut serta memberi sokongan yang pada demi melihat sebuah Negara Malaysia yang benar-benar aman dan sejahtera.

“Ingatlah usaha sedikit kita ini akan memberi kesan yang besar kepada kesejahteraan generasi anak cucu kita yang akan datang,” ujarnya.

Beliau menambah, Kelab Pekerja dan Professional muda juga ingin menghulurkan bantuan secara professional kepada Bersih 3.0 bagi melicinkan lagi perhimpunan yang dirancang.

“Saya juga menyeru kepada mana-mana badan professional atau individu untuk turut serta menjadi sukarelawan pada 28 April nanti,” ujarnya lagi.

3 thoughts on “Nasib guru, polis berbeza di bawah BN

  1. Ustaz Khairuddin berkata:

    Salam,
    tak baik sebarkan cerita kosong ataupun fitnah..
    jika ada bukti bergambar, baru sahih..
    Saya pun penjawat awam… tiada pun digunakan untuk kempen kerajaan dalam PRU..
    Jika guru itu pembangkang, maka ia tak akan menolong… Jika guru itu pro-kerajaan, itu hak dia sebagai pemilih / pengundi..
    Kenapa tuan tidak menegaskan tentang penjawat awam yang menyara hidup berasaskan gaji yang dijanakan kerajaan, namun menyokong pembangkang?
    Seperti “bertuankan orang lain, tapi menyokong orang lain”..

    Kebenaran itu pahit.. namun pahit itu adalah ubat.. TQ..

  2. Ustaz Khairuddin berkata:

    PAS adalah sebuah parti yang diterajui oleh orang Islam… Saya menyokong PAS jika tidak bersekongkol dengan DAP mahupun PKR.. PAS boleh berdiri sendiri…

  3. safiee berkata:

    Ustaz Khairuddin: Istilah bersekongkol tu dah tak patut diucapkan… persepakatan adelah lebih tepat… Adakah persepakatan itu salah… jgn bimbanglah.. ahli2 pas tak bimbang pun.. kenapa org lain lak yg bimbang?????? Itu hanya alasan longgar.. kalau tak mau sokong PAS.. Tak mengapalah…jgn pulak mencari alasan.. Terima kasih..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

April 2012
M T W T F S S
« Mar   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: