BEKAS MENTERI, SELEBRITI TERKENAL MERIAHKAN MAJLIS MAKAN MALAM PEMUDA DAN MUSLIMAT PAS TITIWANGSA

Tinggalkan komen

April 23, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Kawasan Titiwangsa (DMPKT) akan menganjurkan Majlis Makan Malam dan Pelancaran Dana PRU ke 13 Parlimen Titiwangsa. Majlis ini akan dilangsungkan pada 30 April 2012, hari Isnin bermula jam 8.30 malam bertempat di Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Majlis ini diadakan bagi mengutip dana PRU ke 13 Parlimen Titiwangsa. Dengan jangkaan PRU ke13 yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang, sasaran Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya bukanlah suatu omongan kosong. Parlimen Titiwangsa adalah sebahagian dari percaturan PAS Pusat bagi memenangi 60 buah kerusi Parlimen sasaran seluruh negara. Malah, Parlimen Titiwangsa mempunyai potensi yang cukup cerah dipertahankan kerana ianya terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur, pusat dimana pengundi muda mempunyai maklumat dan kesedaran yang tinggi serta meluap-luap bersemangat mahu menolak UMNO-BN.

Tetamu utama yang dijemput dalam majlis ini adalah YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS.  Selain beliau pimpinan PAS yang lain adalah YB Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof (Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat), timbalannya YB Dr Siti Mariah Mahmud (Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat) Ustazah Nuridah Saleh (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat) dan Tuan Haji Mohamad Noor Mohamad (Pesuruhjaya PAS WP).

Selain itu, Dr Raja Ahmad Al Hiss, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama Saudara Khairul Faizi Ahmad Kamil, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia juga mengesahkan untuk hadir. Majlis Makan Malam ini akan dimeriahkan dengan kahdiran tetamu istimewa iaitu Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir (bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO).

Kehadiran Puan Catriona Ross, selebriti terkenal yang telah berhijrah ke dunia dakwah pasti akan menggamit peminat beliau untuk turut bersama. Tidak ketinggalan, DPPKT juga menjemput Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS saudara Vincent Lee bersama S.Suria Narayanan.

DPPKT yakin, dengan suasana pilihanraya umum tidak lama lagi, iklim politik tanahair turut hangat dengan pelbagai sensasi politik semasa. Ramai yang ternanti-nanti amanat akhir pemimpin tertinggi PAS serta maklumat terkini skandal politik pemimpin UMNO sebelum pembubaran parlimen. Terlebih lagi majlis ini akan diadakan selang sehari selepas Bersih 3.0, pasti banyak cerita baru akan dikupas dan dikongsikan bersama tetamu yang hadir. Malah, DPPKT dimaklumkan Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir yang akan menyampaikan pidatonya turut akan mengumumkan suatu kejutan nanti.

Dijangkakan seramai 1000 tetamu daripada kalangan profesional, usahawan, para artis teknokrat, ahli politik dan bekas pegawai tertinggi kerajaan akan turut hadir dalam majlis tersebut. Bagi mereka yang ingin membeli kupon majlis makan malam ini, harga serendah RM100 untuk satu kupon dan harga bagi sebuah meja sebanyak RM1000. Untuk sebarang maklumat, hubungi Sdr Ehsan di talian : 012 4646292 atau Ust Nik : 019 9988997.

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

April 2012
M T W T F S S
« Mar   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: