TUNTUT PENGERUSI DAN TIMBALAN SPR LETAK JAWATAN!

Tinggalkan komen

April 24, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong tuntutan Gabungan Menuntut Pilihanraya yang Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meletak jawatan kerana gagal membersihkan sistem pilihan raya di negara ini.

Bagi DPPM, beliau telah gagal menjalankan amanah sebagai pengendali SPR dan meyakinkan rakyat bahawa sistem pilihanraya di negara ini benar-benar bersih dan adil. Ini kerana semakin banyak penipuan dapat dikesan dalam daftar pemilih. Malah, ramai sudah mula menjangkakan pilihan raya nanti bakal menjadi pilihan raya terkotor dalam sejarah negara berbanding pilihan raya sebelum ini.

Dengan jumlah 400,000 pengundi ragu yang didedahkan, peningkatan pengundi mendadak di negeri Selangor, pertukaran tempat mengundi tanpa pengetahuan mereka, kesilapan pada  daftar pemilih sehingga banyak dan kerap dikesan, projek pemberian kad pengenalan kepada warga asing serta pertambahan pengundi pos dari kalangan petugas SPR menjadi sebab Pengerusi SPR wajar meletak jawatan. Keputusan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk mengadakan pilihanraya berasingan daripada pilihan raya umum membuktikan bahawa SPR dicurigai oleh banyak pihak.

DPPM juga melihat Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar seakan ‘lebih cenderung’ kepada parti pemerintah. Dengan nada dan gaya ucapannya yang banyak ‘mewakili’ kepentingan UMNO-BN, beliau dilihat lebih sesuai berada di kelompok Ahli Majlis Tertinggi UMNO daripada menjadi Timbalan Pengerusi SPR. Malah pendedahan Datuk Haji Mahfuz Omar bahawa beliau salah seorang yang terlibat dalam Task Force pemberian kad pengenalan kepada warga asing amat mengejutkan. Tuduhan ini amat berat dan beliau sepatutnya direhatkan bagi memberi ruang kepada siasatan menyeluruh mengenai dakwaan ini.

Justeru, DPPM merasakan kedua-dua peneraju SPR ini wajar meletak jawatan serta merta bagi memberi laluan kepada muka baru yang lebih neutral dan jujur dalam mengendalikan SPR. Bersih 2.0 juga perlu menggerakkan kempen desakan ini sehingga kedua-duanya meletak jawatan sebelum PRU ke 13. Rakyat tidak mahu keputusan pilihan raya 13 dicemari dengan unsur penipuan yang memalukan negara ini.

Disediakan oleh;

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

April 2012
M T W T F S S
« Mar   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: