UMNO P. PINANG KUDA TUNGGANGAN PARTI GERAKAN

Tinggalkan komen

April 24, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang sinis pelantikan Teng Chang Yeow, Setiausaha Parti Gerakan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang baru. Bagi DPPM, pelantikan Tang Chang Yeow menunjukkan wajah sebenar UMNO yang begitu lantang sebelum ini membela nasib dan ketuanan Melayu di Pulau Pinang namun menjadi lembik dan terkulai apabila Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Pengerusi BN yang baharu.

Keputusan pelantikan Tan Chang Yeow tidak memeranjatkan namun ia memperlihatkan lemahnya pemimpin UMNO Pulau Pinang sehingga tidak layak dilantik ke jawatan tersebut. DPPM merasa hairan kerana dalam keadaan Parti Gerakan yang tidak memenangi sebarang kerusi di Pulau Pinang, mereka masih diberikan tempat istimewa sebagai Pengerusi BN. Sebaliknya jumlah kerusi BN di Pulau Pinang banyak dimenangi oleh UMNO, tetapi mereka ditolak ke tepi. Keadaan ini menunjukkan bahawa UMNO sebenarnya ‘kuda tunggangan’ Parti Gerakan sehingga akur dan tunduk dengan kehendak parti tersebut.

Pelantikan ini pastinya sebagai tamparan hebat kepada pemimpin ultra Melayu Pulau Pinang. Dimana perginya suara lantang pemimpin Melayu UMNO Pulau Pinang yang kononnya mahu membela umat Melayu di sana. Mengapa tidak ada satu suara pun yang bangkit menentang keputusan Presiden UMNO agar pemimpin UMNO diangkat sebagai Pengerusi BN. Pemimpin UMNO P.Pinang sepatutnya merasa tercabar kerana mereka dipandang lekeh oleh pucuk pimpinan UMNO sehingga tidak dipandang langsung untuk mengetuai BN di sana.

Mungkin juga Pengerusi BN yang baharu ini berbeza dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Sdr Lim Guan Eng dari segi pendekatan. Mungkin Pengerusi BN ini telah berjanji untuk memartabatkan bangsa Melayu dan umat Islam di Pulau Pinang. Mungkin juga umat Islam di Pulau Pinang akan semakin terbela di bawah pemerintahan ‘Khalifah’ Tan Chang Yeow sekiranya BN menang di Pulau Pinang. Atau mungkin juga UMNO telah men transformasikan parti mereka untuk menerima bangsa lain sebagai pemimpin mereka dan pemimpin negara ini.

Disediakan oleh;

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia  

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

April 2012
M T W T F S S
« Mar   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: