DEMOKRASI TERUS BERGELAP JIKA DI BAWAH BN

1

April 26, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kesal dengan sikap berdolak dalik kerajaan apabila melarang penggunaan Dataran Merdeka sebagai lokasi Perhimpunan Bersih 3.0 ‘Duduk Bantah’ pada 28 April 2012 walaupun di peringkat awalnya mereka memberi lampu hijau  perhimpunan ini dikadakan. Bagi DPPM, sikap tidak konsisten kerajaan amat dikesali apabila menutup pintu serapatnya kepada ruang demokrasi di negara ini. Hak rakyat untuk berhimpun dan bersuara disekat dan dinafikan dengan pelbagai tekanan. Kononnya ia adalah langkah mengawal keselamatan negara dan keharmonian rakyat.

Lebih mengecewakan apabila kerajaan menggunakan agensinya iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sebagai alasan mengekang perhimpunan ini diadakan. Tindakan politik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang berselindung di sebalik jentera kerajaan adalah tindakan golongan pengecut. DBKL dan PDRM tidak mungkin bertindak ganas menahan dan menghalau perkhemahan rakyat di Dataran Merdeka serta memagarinya sepanjang masa jika tidak ada arahan dari beliau. Tidak mungkin Dataran Merdeka tiba-tiba diisytiharkan menjadi kawasan haram kepada orang ramai oleh DBKL jika bukan arahan dari beliau sendiri.

Tindakan kerajaan ini memperlihatkan wajah sebenar mereka dalam menghayati tuntutan demokrasi sebenar. Rakyat di negara ini dilayan seperti warga kelas kedua jika mereka ini bukan dari kelompok elit BN. Segala aktiviti yang melibatkan rakyat bawahan yang ‘menentang’ dasar kerajaan yang songsang, pasti akan dilawan habis-habisan. Rakyat seolah-olah golongan yang berbahaya dan menjadi musuh utama kerajaan.

DPPM menegaskan Perhimpunan Bersih 3.0 adalah perhimpunan aman yang dianjurkan oleh NGO. Tujuannya adalah menegur kerajaan dan badan yang mengendalikan sistem pilihan raya yang tidak bertindak jujur dalam sistem pilihan raya di Malaysia. Segala macam bukti kepincangan, penyelewengan sudah dikenal pasti dan didedahkan satu persatu untuk tindakan namun tidak ada tindakan susulan dibuat bagi memperbaikinya. Rakyat menjadi bimbang unsur penipuan akan dijayakan secara besar-besaran dalam PRU ke 13 dan pilihan raya tersebut bakal menjadi pilihan raya terkotor dalam sejarah.

Dengan demikian, DPPM membayangkan demokrasi di negara ini akan terus bergelap jika kuasa masih dipegang BN. Rakyat tidak mungkin akan mengecapi nikmat hidup dalam demokrasi sebenar jika BN terus mendapat mandat nanti pasca PRU 13. Ketika itu, lupakan demokrasi dan hiduplah di bawah rejim BN yang memerintah sesuka hati.

Disediakan oleh;

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

One thought on “DEMOKRASI TERUS BERGELAP JIKA DI BAWAH BN

  1. toy81 berkata:

    apa kejadahnya ini? demokrasi bergelap? perhimpunan aman yang dianjurkan oleh NGO? tidak ada tindakan penambahbaikan pilihanraya dibuat?? bullshit!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

April 2012
M T W T F S S
« Mar   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: