SELAMAT DATANG BERSIH 3.0

Tinggalkan komen

April 26, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengalu-alukan kehadiran semua peserta Perhimpunan Bersih 3.0 yang akan hadir ke Dataran Merdeka pada 28 April 2012 ini. DPPWP menganggap kehadiran semua tetamu yang hadir sama ada peserta Bersih 3.0, wakil-wakil media, pemerhati dan NGO antarabangsa serta pemimpin parti politik bakal memeriahkan suasana ibukota Kuala Lumpur pada tarikh tersebut.

DPPWP amat kagum dengan kesungguhan rakyat dari pelbagai peringkat yang berusaha hadir ke Dataran Merdeka pada tarikh tersebut. Meskipun sendat dengan pelbagai jadual kehidupan, mereka sanggup mengosongkan tarikh bagi memberi laluan kepada perhimpunan gergasi ini. Malah mereka sanggup berdepan dengan risiko ditahan, ditangkap, dicederakan dan pelbagai kemungkinan lain.

Kehadiran peserta ke Perhimpunan Bersih 3.0 menunjukkan kematangan rakyat Malaysia dalam menerima alur politik negara. Rakyat sudah semakin celik maklumat dan amat mudah memahami situasi politik dalam negara ini yang berada dalam keadaan gawat. Landskap politik negara yang sudah tersasar jauh dari landasannya, perlu segera diselamatkan sebelum terlewat.

DPPWP bersama rakan-rakan dari Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan di Wilayah Persekutuan bersedia menyambut tetamu pelbagai peringkat ini dengan kemampuan yang ada. Oleh yang demikian, kawasan-kawasan di sekitar Wilayah Persekutuan telah menyediakan penginapan yang terdiri dari markaz PAS kawasan-kawasan, PASTI serta rumah aktivis tempatan.

Selain itu, DPPWP menasihatkan para pemandu perkhidmatan awam dan juga pengguna jalan raya agar mencari laluan alternatif menjelang 28 April 2012 sebagaimana biasa dibuat oleh kerajaan apabila ada aktiviti besar diadakan di ibu negara. Ini bagi mengelakkan mereka terperangkap dalam kesesakan. Para peniaga juga diseru agar tidak merasa bimbang untuk meneruskan perniagaan mereka kerana rekod perhimpunan bersih yang diadakan sebelum ini tidak ada yang mengecewakan sesiapa. Malah hasil jualan mereka mungkin akan berlipat kali ganda daripada hari lainnya.

Akhirnya, DPPKT mengajak anak-anak muda supaya menyertai Perhimpunan Bersih 3.0 seramai mungkin. Mungkin Perhimpunan Bersih 3.0 adalah jalan terakhir buat rakyat untuk selamatkan Malaysia dari sebarang penipuan dan penodaan terhadap nilai demokrasi negara.

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

April 2012
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: