Tiada sebab DBKL nafi hak rakyat – Mapim

Tinggalkan komen

April 26, 2012 oleh pemudawilayah


KUALA LUMPUR, 26 April: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi kerjasama untuk memberi hak demokrasi kepada rakyat untuk berkumpul di Dataran Merdeka.

“Tidak ada sebab kenapa DBKL harus bersikap keras untuk menafikan hak rakyat berkumpul di tempat bersejarah itu untuk menyatakan sikap mereka terhadap masa depan negara,” kata Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) kepada Harakahdaily.

Katanya, jika benar DBKL perlu memastikan agar perhimpun itu berlaku dengan tertib, maka sepatutnya perbincangan untuk mengatur agar peserta perhimpunan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh kedua-dua pihak ditetapkan bersama.

Menurutnya, pihak DBKL harus memahami bahawa rakyat sekarang sudah matang untuk menilai hak mereka dan hak demokrasi yang telah ditertera dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menambah, hasrat Bersih 3.0 jelas dan bersifat aman kerana ia bukan suatu perarakan tetapi hanya perhimpunan untuk duduk dan bantah.

Mapim, ujarnya melihat keazaman rakyat untuk menuntut pilihan raya ke-13 akan datang berjalan dengan bersih, adil dan telus sesuai dengan demokrasi yang diterima sebagai sistem yang diamalkan di negara ini, perlu dihormati.

“Sesungguhnya gelombang rakyat untuk melihat transformasi politik yang diumumkan oleh Perdana Menteri tidak hanya retorik kosong tidak boleh dibendung, malah akan bermanfaat kepada negara dan generasi mendatang jika rakyat semakin mengetahui peranan mereka dalam politik negara,” katanya lagi.

Beliau menambah, DBKL harus tahu bahawa sebagai agensi yang ditugaskan untuk menguruskan pembangunan bandaraya juga bertanggungjawab untuk menjadikan KL sebagai kota yang mesra rakyat sekaligus mesra demokrasi.

Menurutnya lagi, pengalaman Bersih 2.0 yang menunjukkan betapa provokasi bukan berlaku dari rakyat akan tetapi akibat tindakan kasar pihak keselamatan yang keterlaluan, meningkatkan lagi keazaman rakyat untuk terus menuntut hak dalam ruang demokrasi pilihan raya yang bersih dan adil.

“Mapim mengambil berat bukti yang telah ditunjukkan oleh pelbagai pihak berkait dengan pendaftaran pengundi yang penuh dengan kepincangan, menyebabkan pilhan raya yang bakal berlaku untuk kali ke-13 akan tercatit sebagai pilihan raya yang paling kotor jika tuntutan pembersihan daftar pengundi tidak dilakukan,” katanya.

Ditambah lagi, katanya amalan kerajaan yang terang-terangan menyalahguna semua kemudahan awam untuk berkempen dan memaksa kakitangan awam patuh kepada arahan parti politik pemerintan, menunjukkan demokrasi di negara ini tidak bermakna dan boleh dimomokkan oleh dunia.

“Bukan sahaja kerajaan dan parti yang memerintah di peringkat pusat menggunakan semahunya semua kemudahan awam seperti institusi pendidikan, media awam, agensi awam serta kewangan negara dengan berselindung dibalik acara rasmi, malah penafian hak parti lawan untuk mengadakan perhimpunan aman juga dilakukan tanpa memperakui hak mereka yang dijamin dalam Perlembagaan,” katanya.

Justeru, katanya Mapim dengan itu menggesa agar DBKL mengambil sikap lebih professional dan tidak tunduk kepada arahan parti politik pemerintah.

“Mahu tidak mahu pihak DBKL perlu tahu bahawa kuasa rakyat adalah keramat dan suara rakyat perlu dihormati bila rakyat membuat pilihan menukar kerajaan yang mereka mahu,” ujarnya. – Harakahdaily

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

April 2012
M T W T F S S
« Mar   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: