TUTUP SAHAJA DATARAN MERDEKA BUAT SELAMANYA

Tinggalkan komen

April 27, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kesal dengan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memagar Dataran Merdeka mulai hari ini. Bagi DPPM, tindakan DBKL seperti menghina rakyat Malaysia dan menafikan hak rakyat untuk berhimpun bagi menyatakan suara hati mereka.

DPPM merasa kecewa kerana DBKL dan kerajaan Malaysia tidak menghormati rakyat di negara ini. Meskipun Dataran Merdeka dikawal selia oleh DBKL, namun ia adalah kawasan umum yang semua rakyat boleh mengunjunginya. Dataran Merdeka juga dianggap salah satu lokasi pelancongan penting kepada pelancong asing yang datang ke Kuala Lumpur. Boleh dikatakan tidak sah pelancongan di Malaysia jika tidak mengunjungi Dataran Merdeka, kawasan yang penuh bersejarah itu.

Jika pelancong asing dibenarkan mengunjungi Dataran Merdeka pada bila-bila masa pun, dan jika konsert yang membawa masuk artis luar negara diadakan di kawasan itu dibenarkan, mengapa pula rakyat sendiri tidak dibenarkan mengunjunginya? Lebih dari itu, banyak aktiviti yang diadakan saban tahun seperti Konsert Sambutan Tahun Baru, Sambutan Kemerdekaan, dan lain-lain lagi yang menjurus kepada perlakuan maksiat dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan dibenarkan, apakah alasan pula bagi menghalang aktiviti yang memupuk rakyat cintakan negara dan bencikan penyelewengan oleh pemimpin-pemimpin negara.

Rakyat merasa terkilan kerana kerajaan menganggap rakyat sebagai golongan merbahaya yang perlu ditentang habis-habisan. Nampaknya beginilah layanan kerajaan BN terhadap rakyatnya sendiri seumpama anak tiri yang terbuang. Segala aktiviti yang melibatkan rakyat dan kepentingan mereka akan ditolak ke tepi, tetapi jika ianya adalah program maksiat yang menguntungkan kerajaan BN berjuta ringgit, ianya akan dilayan dengan layanan kelas pertama. Bayangkan, apakah pembelaan yang akan rakyat terima jika BN terus memerintah dengan mandat yang lebih besar pasca PRU 13 nanti.

Justeru, DPPM mensarankan kepada DBKL supaya Dataran Merdeka ditutup kepada awam buat selama-lamanya. Wartakan kepada rakyat, bahawa Dataran Merdeka hanya untuk aktiviti kerajaan BN sahaja serta hanya untuk pelancong asing. Untuk rakyat, tempat mereka hanya di kampung-kampung atau di kawasan terpencil luar bandaraya Kuala Lumpur yang jauh daripada pembangunan kerana itu sahaja tempat yang layak buat mereka .

Disediakan oleh

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

April 2012
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: