ELOK JUGA PM RASAI SENDIRI GAS PEMEDIH MATA

4

April 30, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang sinis kenyataan Perdana Menteri bahawa pihak polis mengendalikan perhimpunan Bersih 3.0 dengan baik dan profesional. Beliau juga menyatakan bahawa gas pemedih mata dan water cannon merupakan suatu option yang tidak memudaratkan kesihatan.

DPPWP merasakan PM bercakap tanpa berpijak di bumi nyata. Dalam keadaan rakyat menjadi mangsa belasahan anggota polis, ramai warga emas, wanita, dan kanak-kanak ditembak dengan gas pemedih mata dan air kimia, para wartawan dicederakan dan dirampas peralatan mereka. Suasana pula bagai berada di zon perang atau di sempadan Israel di mana rakyat Palestin di perlakukan sesuka hati. Ramai juga menyaksikan polis bertindak ganas terhadap orang awam selepas dua jam tamatnya perhimpunan aman ini sehingga ramai terpaksa dihantar ke hospital bagi menerima rawatan. Dalam keadaan begini, PM masih lagi memberikan markah tinggi kepada PDRM.

DPPWP juga merasa terkilan kerana kenyataan PM menggambarkan gas pemedih mata dan water cannon adalah sesuatu yang tidak berbahaya. Seolah-olah bahan ini sesuatu yang menyeronokkan rakyat. Kenyataan ini menggambarkan beliau seorang yang sombong, angkuh serta tidak tahu kesusahan yang ditanggung oleh rakyat. Rakyat terpaksa mengharungi episod malang dengan disimbahi air kimia yang amat menyakitkan serta gas pemedih mata yang amat memeritkan dan menyesakkan nafas bagi mencari erti keadilan sebenar dalam sebuah negara demokrasi.

PM memandang apa yang berlaku pada pandangan mata kasarnya sahaja. Sepatutnya PM bertanya mengapa Perhimpunan Bersih 3.0 ini berlaku dan apa yang rakyat inginkan. Beliau perlu melihat mengapa ratusan ribu rakyat tanpa mengira jantina, bangsa dan keturunan sanggup bersesak dan berdepan dengan risiko gas pemedih mata, air kimia serta ditangkap atau dipukul. Sebalik kesemua itu, beliau perlu menilai sistem yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinannya. Adilkah atau zalimkah beliau kepada ratusan ribu bahkan jutaan rakyat di negara ini?

DPPWP mensarankan agar PM menonton video yang di rakam sendiri oleh rakyat dan saksikan bagaimana kejamnya pihak polis terhadap rakyat. Nilaikan sendiri bagaimana pembantaian dibuat oleh polis terhadap orang awam tanpa peri kemanusiaan. Elok juga PM merasa sekali gas pemedih mata dan water cannon dan rasai betapa ‘nikmatnya’ penangan bahan itu. Gas pemedih mata dan water cannon mungkin tidak memudaratkan kesihatan tetapi pedihnya amat terasa jika terkena.

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

4 thoughts on “ELOK JUGA PM RASAI SENDIRI GAS PEMEDIH MATA

  1. Nazaruddin Mohamad berkata:

    Aku setuju sangat kalau ada sapa-sapa yang berani bagi gas pemedih mata tu NAJIB rasa. Kalau boleh bagi si pondan tua mulut lembik Sepupu Najib tu pun rasa sama. Tak terkecuali bagi Datuk Bandar KL pun rasa jugak.

  2. Ustaz Khairuddin berkata:

    Kalau tak mahu kena water cannor, gas pemedih mata… jangan pergi Bersih 3.0.. Jangan dikata PM tak fikirkan rakyat…PM dah bagi tahu awal2 dah…

    Tak baik salahkan orang je… Fikir untuk kebaikan bersama…

  3. Ustaz Khairuddin berkata:

    Assalamualaikum… (maaf tak beri salam tadi)
    Kenapa asyik komen sedang ditapis? tak boleh terima pendapat orang lain? lebih baik tak payah berblog… kita kene terima pendapat orang, selain memberikan pendapat… baru tidak berat sebelah…

  4. toy81 berkata:

    Pemerintah tak bagi pi awat yg bongok sangat nak pi?? padan la…oppss! wali nicky ajis kata wajib pi… maklum la…dia kan pemimpin “maksum”..

    Salah satu prinsip di dalam i’tiqad Ahli Sunnah wal-Jama’ah adalah mentaati dan menghormati pemimpin negara di mana dia duduk di bawah kepimpinan atau kekuasaan pemerintah tersebut. Ini adalah sebagaimana telah dijelaskan melalui beberapa tulisan sebelum ini.

    Ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah merujuk: 1 – Mentaati mereka dalam urusan kebaikan (ma’ruf), termasuk merealisasikan perintah mereka yang ma’ruf dan membantu mereka dalam urusan kebaikan yang diperlukan atau diperintahkan, 2 – Mengakui, menghormati, dan memuliakan kedudukan mereka sebagai pemimpin serta sentiasa mendoakan kebaikan untuk mereka, 3 – Tidak mentaati mereka dalam urusan atau perintah bermaksiat kepada Allah, 4 – Serta tidak berusaha untuk menjatuhkan, membelot, menzahirkan sifat kepembangkangan terhadap kepimpinan, dan tidak menghina atau mencela mereka (terutamanya di khalayak umum) walaupun mereka bertindak buruk dan zalim. Ini selagi mana mereka masih tetap menegakkan syi’ar-syi’ar solat dan tidak dilihat padanya kafir bawwaahan (kekafiran yang jelas tanpa dapat ditakwil). 5 – Membenci maksiat atau keburukan yang mereka lakukan dan mengingkarinya dengan cara nasihat dan kaedah-kaedah yang syar’i.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

April 2012
M T W T F S S
« Mar   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: