INSIDEN GANAS BERSIH 3.0 : KPN PERLU LETAK JAWATAN

2

April 30, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengutuk tindakan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang membelasah orang awam yang datang berhimpun dalam Perhimpunan Bersih 3.0 hari Sabtu lepas. Bagi DPPM, tindakan PDRM adalah tindakan ganas yang amat keterlaluan dan ia mirip Zionis Israel terhadap rakyat Palestin. Apa yang disaksikan melalui video yang diambil oleh orang ramai membuktikan bahawa pihak polis yang terlebih dahulu membuat provokasi dan membelasah orang ramai yang ditangkap dengan sesuka hati. Mereka juga bertindak ganas menangkap dan memukul peserta Bersih dua jam selepas perhimpunan bersurai.

Selain daripada itu, polis dan FRU juga bertindak melepaskan gas pemedih mata serta air kimia kepada orang ramai yang berkumpul di Masjid Jamek, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), SOGO, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Menara Maybank. Polis juga merampas, memukul dan mencederakan beberapa orang wartawan yang merakam aksi keganasan mereka.

DPPM merasa sedih kerana polis menjadikan orang awam termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas sebagai mangsa. Mereka tidak peduli kondisi perhimpunan awam yang dihadiri pelbagai lapisan masyarakat. Malah ramai saksi melihat bagaimana kereta polis melanggar orang awam yang sedang berjalan di kaki lima SOGO. DPPM yakin, jika polis tidak mengambil tindakan apa-apa perhimpunan bersih akan berlangsung dengan aman dan tenteram.

Tindakan kejam pihak polis menunjukkan bahawa PDRM dan kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) mungkir janji untuk memberikan laluan terhadap perhimpunan aman duduk bantah ini meskipun pada awalnya mereka memberikan janji untuk membenarkan perhimpunan ini berlangsung. Jika orang awam yang ditohmah menceroboh Dataran Merdeka menjadi sebab tindakan ganas polis, mengapa orang ramai lain yang berkumpul di lokasi luar dari Dataran Merdeka menjadi mangsa? Mengapa ribuan orang awam lain mesti menjadi mangsa keganasan ini? Sepatutnya mereka yang menceroboh Dataran Merdeka sahaja ditangkap, bukan mereka yang berkumpul di merata-rata kawasan lain.

Oleh itu, DPPM mendesak agar Ketua Polis Negara bertanggungjawab ke atas isu ini dengan meletak jawatan serta merta. KPN jelas telah gagal memastikan perhimpunan bersih dalam keadaan aman. Beliau juga gagal mengawal anggota bawahannya dengan baik sehingga ramai orang awam termasuk wartawan yang tercedera dipukul. PDRM gagal mengenal pasti yang mana rakyat bawahan yang perlu dilindungi, dan yang mana penjenayah yang perlu diperangi.


Disediakan oleh;

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Advertisements

2 thoughts on “INSIDEN GANAS BERSIH 3.0 : KPN PERLU LETAK JAWATAN

  1. halim berkata:

    BERSIH sebenarnya ditaja pihak zionis. yg menyokong agenda zionis pun ramai daripada kalangan orang yang mengaku alim. dan yang mula-mula lakukan provakasi pun orang PR juga. cakap biarlah jujur dan benar. secara jujur saya katakan bersih 3.0 kali ini memang ganas & liar. nak salahkan ambiga tak boleh. sebab ambiga tidak menyarankan keganasan. salahkan mereka yg mencetuskan keganasan.

  2. toy81 berkata:

    Unit “Anal” PAS yg patut dibubarkan..puiiii.. provokasi melampau..tembak dgn senapang gajah, baru tau..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

April 2012
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: