Aksi polis realisasi Akta Himpunan Aman 2011

1

Mei 3, 2012 oleh pemudawilayah


(Gambar hiasan….di mana Hishamudin ketika Bersih 3.0 berjalan)

KUALA LUMPUR: Insiden keganasan polis di dalam perhimpunan aman Bersih 3.0 Sabtu lalu akhirnya merealisasikan apa yang terkandung dalam Akta Himpunan Aman 2011.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, apa yang berlaku dalam Himpunan Bersih 3.0 lalu membuktikan akta itu tidak memberi jaminan terhadap keselamatan awam.

“Hakikatnya, roh dan semangat keganasan polis dijelmakan dalam Akta Himpunan Aman itu,” katanya kepada Harakahdaily.

Bahkan, katanya keganasan polis pada Bersih 3.0 ini berkali ganda daripada apa yang telah ditunjukkan dalam perhimpunan Bersih sebelum ini.

“Adalah sangat tepat tindakan kita sebelum ini, apabila kita lawan habis habisan terhadap pelaksanaan akta ini,” kata Salahudin (gambar).

Katanya, apa yang berlaku di dalam himpunan itu cukup menyedihkan apabila keselamatan orang awam tidak lagi dilindungi sebaliknya orang awam menjadi mangsa kerakusan pihak polis.

“Di mana hak dan jaminan orang awam? Bukankah kerajaan memberi jaminan mengatakan orang awam akan dilindungi dalam akta itu. Tetapi sebaliknya pula terjadi dalam Bersih 3.0,” katanya.

Justeru, katanya Akta Himpunan Aman yang kononnya mahu menjaga keamanan awam akhirnya memberi kredit kepada polis untuk bertindak.

“Ianya sekadar bersifat kosmetik sebaliknya pengisian itu tidak menyebelahi awam,” katanya.

November 2011, kerajaan membentangkan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 bagi memberi hak kepada rakyat untuk menganjur dan menyertai perhimpunan secara aman tanpa senjata.

Akta ini juga memberi kuasa kepada polis untuk mengeluarkan arahan bersurai menggunakan kekerasan yang munasabah sekiranya sesuatu perhimpunan itu menyalahi peraturan.

Akta baru itu turut dengan tegas menyatakan seseorang penganjur akan didapati bersalah sekiranya menganjurkan perhimpunan di mana-mana kawasan larangan dalam jarak 50 meter had tempat larangan. – Harakahdaily

One thought on “Aksi polis realisasi Akta Himpunan Aman 2011

  1. zarak anti bersih berkata:

    negara kita ada undang2 kalau betul2 bersih ikut je arahan takde le jadi huru hara ni bila dah tercetus keganasan baru nak menyalahkan kerajaan terutama pehak polis banyak saloran bolih digunakan untuk berbincang yg penting jangan bertuankan orang kafir saperti Ambiga nama aje islam pas konon takde ke pemimpin pas yang layak jadi ketua

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Mei 2012
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: