BERSIH 3.0 : KERAJAAN SILAP PERCATURAN

Tinggalkan komen

Mei 3, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menganggap tindakan kerajaan yang melayan peserta Himpunan Bersih 3.0 dengan kasar sebagai silap strategi. Bagi DPPM, PDRM telah menggagalkan semua hasrat Perdana Menteri yang mahu memulihkan imejnya di mata rakyat tetapi berkecai dalam sekelip mata semasa mengendalikan Bersih 3.0.

Di atas kertas, strategi mereka mahu menjadikan Bersih 3.0 sebagai gambaran keganasan orang awam terhadap pihak polis. Dengan imej polis yang dipukul orang awam, kereta polis yang diterbalikkan, motor polis trafik yang dirosakkan, serta peralatan polis yang dirampas pada peringkat awalnya seolah-olah perancangan mereka berjaya.

Namun demikian, mereka lupa bahawa para wartawan juga berada di tempat kejadian dan mereka merakam setiap insiden keganasan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap orang awam. Bahkan, Lebih mendukacitakan pula, para wartawan ini pula dipukul, dicederakan, ditahan dan peralatan mereka dirampas sehingga beberapa orang wartawan terpaksa dihantar ke hospital bagi menerima rawatan.

Mungkin pegawai tinggi PDRM lupa berpesan kepada anggota yang bertugas supaya tidak mengambil tindakan kasar terhadap para wartawan. Mereka juga lupa memberi arahan supaya tidak memukul peserta di hadapan para wartawan. Yang lebih utama, mereka tidak sangka bahawa para wartawan yang dicederakan itu adalah daripada media antarabangsa.

Media utama negara memaparkan kebaikan dan professionalisme polis dalam mengendalikan Bersih. Rakyat yang tidak tahu mungkin boleh ditipu dengan cerita versi mereka sahaja. Namun, mereka tidak boleh sembunyikan cerita sebenar dan rakaman video oleh wartawan media antarabangsa mengenai keganasan polis terhadap rakyatnya sendiri.

Tindakan ganas polis terhadap orang awam terutama para wartawan menjadikan imej Perdana Menteri serta Menteri Dalam Negeri amat tercalar teruk. Sukar bagi PM untuk menjawab dengan masyarakat antarabangsa yang mempersoalkan tindakan kerajaannya terhadap rakyat mereka sendiri. Amat payah bagi PM menafikan keganasan polis oleh mangsa yang mendakwanya, kerana semua itu telah dirakamkan. Ternyata percaturan mereka dalam menguruskan Bersih 3.0 telah silap dan tersimpang jauh dari matlamatnya.

Disediakan oleh;

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Mei 2012
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: