DATUK BANDAR KL PERLU SELESAIKAN SEGERA MASALAH BANJIR

Tinggalkan komen

Mei 4, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) mendesak Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail menyelesaikan dengan segera masalah banjir kilat yang kerap melanda ibu negara sejak akhir-akhir ini.

DPPWP melihat masalah banjir di Kuala Lumpur seolah-olah tiada kesudahan. Rakyat berada di Kuala Lumpur samada yang bekerja ataupun yang menetap di sini berasa trauma setiap kali hujan lebat melanda.

Baru-baru ini, Kuala Lumpur dikejutkan sekali lagi dengan masalah banjir yang melanda. Kejayaan pembinaan Terowong SMART yang kononnya mampu mengatasi masalah banjir ini, dilihat tidak mampu berfungsi dengan baik dan hanyalah sebuah retorika semata-mata.

Pada tahun 2012 ini sahaja, Kuala Lumpur telah dinaiki air sebanyak 2 kali iaitu pada bulan Mac dan bulan Mei. Manakala pada tahun 2011, tidak kurang 4 kali Kuala Lumpur dinaiki air. Malah pada bulan Disember 2011, direkodkan bahawa ianya adalah banjir yang paling teruk dalam tempoh 40 tahun di Kuala Lumpur.

Datuk Bandar Kuala Lumpur diminta lebih peka dalam menangani isu ini seperti mana pekanya beliau terhadap penggunaan Dataran Merdeka oleh BERSIH 3.0 yang lepas. Apakah Datuk Bandar Kuala Lumpur hanya cepat memberikan respon jika ianya melibatkan halangan penggunaan infrastruktur awam oleh pembangkang tetapi seolah-olah membisu setiap kali insiden banjir berlaku?

DPPWP mengharapkan agar Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail segera menjaga kepentingan rakyat Kuala Lumpur dan bukannya hanya pandai mengikut telunjuk para menteri Barisan Nasional sahaja.

Disediakan Oleh :
KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Mei 2012
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: