KEGANASAN POLIS : ALASAN APA LAGI UNTUK DIBERI?

Tinggalkan komen

Mei 4, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melihat kenyataan daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang menempelak tindakan ganas polis semasa mengendalikan Bersih 3.0 sebagai suatu tamparan hebat kepada PDRM dan kerajaan Malaysia.

Bagi DPPWP, jika Suhakam turut menyuarakan rasa marah mereka terhadap polis menunjukkan sememangnya pihak polis ‘tersalah bertindak’ sewaktu mengendalikan Bersih 3.0. Ini kerana pihak Suhakam berada di tempat kejadian dan mereka menjadi saksi bagaimana rakyat yang tidak bersenjata diperlakukan seperti penjenayah yang paling kejam. Peserta dipukul, ditendang, dicederakan manakala para wartawan yang sedang menjalankan tugas juga dipukul, dirampas peralatan mereka serta ditahan.

Sebagai suatu badan yang menjaga hak asasi manusia, Suhakam menyuarakan kesalahan besar polis yang melanggar hak rakyat untuk berhimpun dan bersuara. Tidak sepatutnya polis bertindak sedemikian yang di luar naluri kemanusiaan terhadap rakyat sendiri. Malah, menurut Suhakam, jika polis bertindak profesional dengan membenarkan perhimpunan dilangsungkan dalam keadaan aman, sudah tentu tidak akan berlaku apa-apa kejadian tidak diingini. Ini dibuktikan dengan perhimpunan di negeri-negeri lain serta di luar negara yang berlangsung dengan begitu aman tanpa sebarang insiden keganasan. Kenyataan Suhakam pastinya dipersetujui dan disokong oleh semua mata yang menonton video yang dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

Justeru, tidak ada alasan lain yang boleh diberikan oleh pihak polis bagi menafikan tindakan mereka. Dalam keadaan bukti yang banyak sudah cukup untuk mengheret PDRM ke ‘kandang tertuduh’ untuk dihakimi. Kerajaan pula khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak boleh berlepas diri begitu sahaja terhadap semua kejadian yang berlaku. Insiden ini pastinya memalukan nama baik negara di mata dunia dan masyarakat antarabangsa mengumpamakan Malaysia sebagai salah satu negara yang paling teruk tahap demokrasi.

Bagi DPPWP, tindakan paling baik adalah Ketua Polis Negara (KPN) dan Menteri Dalam Negeri perlu memohon maaf secara terbuka kepada semua peserta Bersih 3.0 dan para wartawan serta mengambil tanggungjawab ini dengan meletakkan jawatan serta merta. Hanya cara ini sahaja bagi memulihkan kembali imej PDRM dan kerajaan Malaysia yang tercalar teruk. Tidak perlu lagi berselindung di sebalik kuasa bagi menuding jari ke pihak lain untuk ‘di kambing hitamkan’.

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Mei 2012
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: