Sebelum muzakarah, bersih p’raya dahulu – Presiden PAS

Tinggalkan komen

Mei 21, 2012 oleh pemudawilayah


TAIPING: Umno perlu tunjukkan komitmen dan keikhlasan dalam merealisasikan pilihan raya yang  bersih dan adil sebelum bermuzakarah dengan PAS.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berkata, muzakarah tiada makna jika pilihan raya di negara ini kotor dan belum dipulihkan.

“Muzakarah tiada makna jika pilihan raya tidak bersih,” katanya kepada Harakahdaily selepas pengisytiharan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, Larut dekat sini malam tadi.


Isu muzakarah untuk tutup suara rakyat

(Abdul Hadi berucap di depan lebih 5,000 hadhirin)

Katanya, isu muzakarah ini hanya dimainkan untuk menutup isu kebangkitan dan suara rakyat dalam himpunan Bersih 3.0 yang lalu.

Ustaz Hadi menjelaskan, Umno perlu tumpu pada agenda asal iaitu merealisasikan lapan tuntutan bersih yang penting untuk masa depan negara.

“Mereka cuba tutup isu tuntutan pilihan raya bersih kerana mereka tahu ianya akan mengancam kedudukannya untuk terus berkuasa,” ujarnya.

Sebelum itu, Ustaz Hadi menerima permohonan  menjadi ahli PAS daripada bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari.

Lebih 5,000 penyokong Pakatan Rakyat menyaksikan pengisytiharan yang bersejarah itu.

Hadir sama di majlis itu adalah Timbalan Presiden PAS, Tn Hj Mohammad Sabu, Ketua Penerangan yang juga Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Mei 2012
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: