Perbincangan dengan NGO, bukan muzakarah Umno

Tinggalkan komen

Mei 22, 2012 oleh pemudawilayah


KUALA LUMPUR, 21 Mei: PAS hari ini menjelaskan bahawa parti itu bersedia mengadakan perbincangan dengan badan bukan kerajaan (NGO) berhubung salah faham mengenai Islam, bukan muzakarah dengan Umno.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian sebagai membetulkan salah lapor media pro kerajaan yang mengatakan PAS bersedia mengadakan muzakarah dengan Umno.

“Masa itu saya nyatakan perbincangan deng an NGO yang menuduh PAS menyeleweng dari dasar dan matlamat Islam.

“Perkataan muzakarah mungkin disebut pada masa itu tetapi muzakarah terjemahannya perbincangan, penjelasan tapi disalah tafsir PAS nak muzakarah dengan Umno. Itu tak timbul,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Isu itu mula dimainkan media selepas Ustaz Hadi ada menyebut perkataan muzakarah pada satu sidang media di tempat sama, dua minggu lepas.

Ustaz Hadi juga berkata, isu muzakarah merupakan isu lapuk yang ditimbulkan kembali menjelang pilihan raya.

“Isu muzakarah sudah lama dan acapkali dibentangkan kepada Umno dan Umno jadikan isu politik.

“Kalau nak bincang dengan Umno lebih baik bincang mengenai pilihan raya yang bersih,” tegasnya.

Sementara itu, setiausaha, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS akan mengadakan seminar dan akan menjemput NGO dan parti lain termasuk bukan Islam.

“Kita ambil keputusan akan adakan program berbentuk seminar untuk jelaskan salah faham mereka mengenai Islam, katanya.

Bagaimanapun maklumat lengkap berhubung perkara itu belum dinyatakan. – Harakahdaily

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 123 other followers

Mei 2012
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: