ROMBONGAN PRESIDEN PAS KE WP AKAN DISAMBUT MERIAH

Tinggalkan komen

Mei 22, 2012 oleh pemudawilayah


PAS Wilayah Persekutuan mengalu-alukan kehadiran YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dan rombongannya ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 27 Mei 2012. Program lawatan sehari ini bertujuan meninjau persiapan jentera PAS negeri-negeri bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13.

Bagi PAS WP, kehadiran Presiden bersama YB Hj Salahuddin Ayub Naib Presiden PAS, YB Dato’ Hj Mahfuz Omar Naib Presiden PAS, YB Ustazah Siti Zailah Mohd Yusoff Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat YB Dr Hatta Ramli Pengarah Pilihanraya PAS Pusat amat dinanti-nantikan. Sudah tentu kehadiran pimpinan PAS Pusat akan menambahkan lagi semangat para petugas di seluruh peringkat serta penyokong PAS WP.

PAS WP telah bersedia sejak setahun yang lepas bagi mempersiapkan jentera bagi menghadapi ibu segala pilihan raya ini. Dengan 4 buah Parlimen yang diamanahkan untuk PAS bertanding iaitu di Parlimen Titiwangsa, Setiawangsa, Putrajaya dan Labuan, dan dengan sokongan dari kawasan-kawasan bantu, juga mood rakyat yang sedang memihak kepada Pakatan Rakyat, tidak ada halangan buat PAS mempersiapkan semaksima mungkin persiapannya.

Pastinya jadual rombongan Presiden akan padat dengan segala aktiviti yang disusun supaya rakyat khususnya pengundi dapat berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan pimpinan PAS Pusat. Kehadiran rombongan pimpinan PAS Pusat akan bermula jam 10 pagi dengan taklimat dalaman jentera pilihan raya PAS WP. Kemudiannya pada jam 5 petang YB Dato’ Seri Tuan Guru Presiden akan berkonvoi menemui penduduk Kampung Padang dan Sungai Baru di Kampung Baru. Antara majlis utama di sini adalah serahan borang PAS oleh bekas-bekas ahli dan pemimpin UMNO. Presiden PAS juga akan berdialog dan beramah mesra dengan penduduk di sini. Setelah itu, rombongan Presiden akan berkonvoi menemui peniaga-peniaga di Pasar Chow Kit. Dianggarkan seramai 200 orang peniaga pasar Chow Kit akan menyerahkan borang PAS kepada Presiden PAS. Selain beliau, konvoi ini akan turut disertai oleh Sdr Vincent Lee, Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS.

YB Dato’ Hj Mahfuz Omar dan YB Haji Salahuddin Ayub pula akan meraikan pengunjung-pengunjung di Taman Tasik Keramat pada jam 5 petang pada tarikh yang sama. Disamping beriadah, mereka juga akan bersama mengedarkan risalah serta menyampaikan ucapan ringkas. Usai itu, mereka akan ke Pasar Datuk Keramat dan sekitarnya untuk beramah mesra dengan peniaga serta minum petang bersama mereka.

Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man bersama YB Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof pula akan berkunjung ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Cochrane Perkasa bagi mengadakan dialog dan Hi Tea bersama penduduk setempat pada jam 5 petang pada tarikh yang sama. Dijadualkan mereka akan menerima borang keahlian PAS dari penduduk-penduduk PPR tersebut.

Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man meneruskan jadual program dengan terus ke Putrajaya bagi menyampaikan Kuliah Maghrib di sana. Segala persiapan diatur oleh PAS Parlimen Putrajaya bagi menyambut kehadiran Ketua Penerangan PAS Pusat. Selepas solat maghrib, beliau akan bersama jentera PAS mengedarkan risalah di samping menyampaikan ceramah ringkas dari satu tempat ke satu tempat yang lain dis ekitar Parlimen Putrajaya.

Majlis tidak berakhir di situ, sebaliknya dua Pidato Umum ‘Menjelang Bubar Parlimen’ akan menutup tirai rombongan Presiden. Pertama, pidato akan diadakan di Parlimen Titiwangsa bertempat di Padang awam, Blok A Desa Pandan. Antara penceramah adalah  YB Dato’ Seri Presiden PAS, YB Hj Salahuddin Ayub, YB Dato’ Hj Mahfuz Omar, YB Dr Hatta Ramli dan Tuan haji Mohamad Noor Mohamad  Pesuruhjaya PAS WP. Pidato kedua pula akan diadakan di lokasi berbeza iaitu di Jalan Rejang 6, Taman Setapak Jaya, Setiawangsa. Penceramah adalah  YB Hj Salahuddin Ayub, YB Dato’ Hj Mahfuz Omar, YB Dr Hatta Ramli, YB Ustazah Siti Zailah Mohd Yusoff dan Ustazah Nuridah Saleh. Presiden PAS dijangka akan turut menerima borang keahlian PAS dari anak-anak muda sekitar Parlimen Titiwangsa pada malam itu.

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Ketua Penerangan

PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Mei 2012
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: