Kelantan mara ke suku akhir Piala AFC

Tinggalkan komen

Mei 24, 2012 oleh pemudawilayah


Perlawanan di Kota Bharu telah menyaksikan bekas penyerang Ganu Nor Farhan tewaskan bekas jurulatih Kelantan Peter Butler dengan mereka dan menjaringkan gol.

Walaupun perlawanan ditangguhkan selama 30 minit, semangat kental para peminat Kelantan yang telah bertahan dalam hujan lebat dan kekal menyokong pasukan tersayang mendatangkan hasil apabila mereka menyaksikan para pemain mereka membuktikan gelaran sebagai juara bertahan Liga Super Malaysia.

Terengganu telah mulakan perlawanan dengan gerakan serangan Forkey Doe yang ditangani Daudsu tetapi hantaran jauh Onyekachi Nwoha kepada Dennis Antwi pada minit ketiga telah memberi Nor Farhan peluang untuk menjaringkan gol pembukaan dengan menyepak bola lepas Sharbinee Allawee.

Pasukan Red Warriors meneruskan serangan bertubi-tubi dengan percubaan Antwi dari jarak jauh pada minit ke lima yang ditepis keluar oleh Sharbinee dan juga usaha Badri Radzi serta Nor Farhan lagi yang sering mengancam tetapi dihalang keadaan padang yang lecak.

Terengganu yang kini mempunyai ketua jurulatih Peter Butler dalam perlawanan pertamanya telah cuba membalas dengan serangan mereka sendiri apabila hantaran Ismail Faruqi diterima Doe tetapi penyerang Liberia itu tidak dapat mengatasi kawalan Daudsu dan Obinna.

Walaubagaimanapun gandingan tiga penyerang Kelantan Antwi, Nwoha dan Nor Farhan terlalu mantap dan hantaran Nwoha lagi kepada Antwi yang menyebabkan Hariri Safii terpaksa menendang bola keluar. Tendangan sudut berikut oleh Nurul Azwan pada minit ke 19 tidak dikawal barisan pertahanan Penyu dan ditanduk masuk oleh Nor Farhan untuk gol kedua beliau.

Doe meluahkan kekecewaannya pada minit ke 39 apabila kelihatan menyiku Rizal Fahmi dan ketua jurulatih Kelantan Bojan Hodak dengan segera melepaskan kemarahnnya kepada Peter Butler.

Tumpuan pasukan tuan rumah tidak terjejas dan penguasaan separuh masa pertama telah membenarkan Rizal untuk membalas dendam dengan menjaringkan gol pada minit ke 45 dengan tendangan percuma dari 30 meter untuk membuat keputusan 3-0 sebelum masa rehat.

Pasukan Penyu masih tidak menyerah diri dan menguji Khairul Fahmi dengan percubaan Ashaari Samsuddin dari jarak jauh pada minit ke 56 yang ditepis keluar oleh penjaga gawang utama Malaysia. Seminit kemudian, Ismail Faruqi berjaya mengatasi Khairul dengan tendangan yang memesong masuk untuk membuat keputusan 3-1.

Pasukan tuan rumah terus menguasai perlawanan dan Sharbinee merupakan pemain yang paling sibuk dengan membaling diri untuk menghalang percubaan-percubaan Badri, Antwi dan Indra Putra yang disertakan masuk.

Terengganu mengejutkan 18,600 para penyokong Kelantan yang hadir apabila Abdul Hadi Yahaya melepasi Obinna yang telah mengasari beliau dan memberi tendangan penalti. Doe yang telah dipuji jurulatih barunya sebelum perlawanan merembat masuk bola dengan penuh keyakinan untuk membuat keputusan 3-2.

Perlawanan berakhir dengan sorakan para penyokong terhadap pesta lima goal dalam pertembungan antara kedua-dua pasukan pantai timur yang amat memuaskan. – ESPN

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Mei 2012
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: