KEMASUKAN DATUK FAUZI CETUS GELOMBANG POLITIK BARU NEGARA

Tinggalkan komen

Mei 24, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan penyertaan Datuk Fauzi Shaari, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ke dalam PAS. Bagi DPPM, penyertaan Datuk Fauzi Shaari ke dalam PAS membuktikan PAS semakin relevan di hati rakyat dan diterima baik oleh rakyat pelbagai peringkat. Keberanian Datuk Fauzi melangkah ke dalam PAS secara terang-terangan wajar dicontohi oleh rakyat yang mahu melihat perubahan dalam negara ini.

Meskipun pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap PAS dengan tuduhan yang negatif, ia tidak mematahkan hasrat rakyat mendekati dan memasuki PAS secara berbondong-bondong. Malah, lebih banyak tuduhan buruk kepada PAS melalui media dibuat, semakin ramai menyertainya. Ternyata kempen memburukkan PAS secara besar-besaran telah gagal kerana rakyat semakin celik maklumat dan tahu realiti sebenar.

Ia juga sebagai bukti bahawa UMNO telah gagal dalam memastikan pembelaan rakyat khususnya umat Islam dan bangsa Melayu sewajarnya. Segala dasar dan tindakan mereka selama ini gagal memaut hati rakyat agar memberikan kepercayaan kepada mereka. Rakyat pula semakin mempersoalkan kemampuan UMNO membela nasib umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini dalam keadaan gejala keruntuhan akhlak dan akidah semakin menjadi-jadi manakala hukum Islam dijadikan bahan guraun sahaja. Rakyat juga sudah muak melihat telatah pemimpin negara yang melakukan kemungkaran secara terang-terangan seperti rasuah, penyelewengan kuasa, ketirisan, pemborosan serta pelbagai skandal yang memalukan negara.

Dalam pada itu, DPPM pula menganggap kenyataan Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri yang mendakwa tindakan Datuk Fauzi sebagai mengkhianati kerajaan dan mengguris hati golongan bekas polis sebagai tidak wajar. DPPM menegaskan, sebagai sebuah negara demokrasi, beliau perlu menghormati hak individu lain untuk menyertai mana-mana parti politik yang di sukainya. PAS bukan sebuah pertubuhan haram, ia adalah sebuah parti politik yang berdaftar di negara ini sejak tahun 1951. Lebih dari itu, perjuangan PAS adalah untuk menegakkan Islam. Tidak ada salahnya insan seperti Datuk Fauzi menyertai PAS, malah beliau patut dipuji kerana mahu bersama sebuah organisasi yang memperjuangkan Islam.

Disediakan oleh;

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Mei 2012
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: