SEKAT PENULIS KONTROVERSI ELAK PERPECAHAN UMAT ISLAM

Tinggalkan komen

Mei 24, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyambut baik usaha Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang merampas tujuh buah buku Allah Liberty & Love – Courage To Reconcille Faith & Freedom” karya penulis kontroversi, Irshad Manji.

DPPWP melihat tindakan JAWI ini penting bagi mengelakkan fahaman salah dan songsang tersebar dalam masyarakat. Dalam hal ini, kontroversi yang dicetuskan oleh Irshad Manji kerana menyokong gerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di Malaysia wajar dihalang dan segala ucapan dan buku yang dikarang oleh beliau juga tidak sepatutnya disebarkan di dalam negara ini.

Irshad Manji adalah salah seorang penulis kontroversi yang ditolak oleh kebanyakan negara umat Islam. Pandangan beliau dengan jelas ditolak umat majoriti umat Islam kerana tersasar dari syariat Islam yang sebenar. Malah umat Islam dimana-mana negara akan berdemonstrasi bagi membantah kehadiran beliau di mana-mana. Dengan penolakan sebegini tidak seharusnya beliau diundang bagi mempromosi buku atau menyampaikan ucapan.

Oleh itu, DPPWP meminta Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) agar mempertingkatkan usaha memastikan tiada lagi kelibat Irshad Manji dan insan sepertinya di negara ini. Kawalan ketat juga perlu dibuat supaya sebarang bentuk buku, risalah, dokumen, CD dan lain-lain lagi hasil karangan beliau tidak terlepas ke tangan umat Islam. DPPWP merasa bimbang jika pandangan beliau akan diterima oleh sebahagian umat Islam terutama golongan yang jahil terhadap Islam dan menganggap ia adalah sebahagian dari ajaran Islam.

DPPWP juga menasihatkan umat Islam di negara ini supaya berhati-hati dengan sebarang ajaran Islam yang meragukan. Mana-mana pandangan atau ajaran yang bertentangan dengan syariat Islam perlu ditolak. Ilmu perlu diceduk dari para ulama’ muktamar dan institusi pendidikan Islam bagi mengelakkan umat Islam terpesong dari ajaran sebenar.

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Mei 2012
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: