TOLAK DEBAT: UMNO LEPASKAN PELUANG LONJAK POPULARITI

1

Mei 25, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kesal kerana pemimpin-pemimpin UMNO cuba mengelakkan perdebatan yang dicadangkan oleh rakyat Malaysia antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kenyataan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menolak debat ini dilangsungkan menunjukkan bahawa BN lebih tidak matang berpolitik dan takut menghadapi realiti.

DPPM merasa hairan mengapa pemimpin UMNO sibuk mencari helah bagi mengelakkan debat ini berlangsung. Mereka lebih rela melawan arus kehendak rakyat dan  sanggup bersilat dengan memberikan seribu satu alasan daripada melepaskan ketua mereka masuk ke gelanggang pertarungan sebenar. Lebih dikesali apabila UMNO sanggup berselindung disebalik media milik mereka sepenuhnya bagi menunjukkan kehabatan mereka dan menghentam sepuasnya Pakatan Rakyat dan pemimpinnya.

Apa yang perlu ditakutkan kerana debat ini bukan mencari siapa pemenang antara keduanya, sebaliknya ia adalah untuk mengukur pemimpin manakah yang mampu memberikan tawaran terbaik untuk rakyat. Jika PM mempunyai banyak idea dan gagasan untuk pembangunan rakyat, apa salahnya mereka berdebat bagi membuktikan BN lebih baik daripada Pakatan Rakyat.

Debat antara YB Khairy Jamaluddin dan Rafizi Ramli baru-baru ini berlangsung dengan baik dan berjaya mencetuskan polemik dalam politik baru di negara ini. Kedua-dua mereka berjaya membuktikan hujah masing-masing secara akademik dan fakta yang bernas. Pentas debat tersebut juga membuktikan bahwa rakyat telah matang berpolitik, mereka lebih rasional dan tidak bertindak secara emosional. DPPM menegaskan, pentas perdebatan mampu meningkatkan kualiti intelektulalisme rakyat, dan secara langsung rakyat peka terhadap sesuatu isu dan memilih pendebat terbaik yang mampu memberikan jalan keluar dari kemelut sesuatu isu.

Sepatutnya Datuk Tengku Adnan mengesyorkan kepada bosnya supaya menerima pelawaan debat ini kerana inilah peluang  PM untuk meningkatkan graf sokongan dan populariti dirinya dan BN. Sejarah akan mencatat DS Najib adalah PM paling ‘gentleman’ dan berjiwa besar sehingga sanggup duduk sepentas bersama pemimpin pembangkang demi untuk rakyat. Malangnya, UMNO melepaskan peluang ini dan memilih menjadi gerombolan yang elit, sombong dan tidak disenangi rakyat.

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

One thought on “TOLAK DEBAT: UMNO LEPASKAN PELUANG LONJAK POPULARITI

  1. Along berkata:

    Apa ada pada debat!. MCA debat utk jaga kepentingan dia tetapi PAS dok nak bincang mana parti jaga Islam! sedangkan Islam di malaysia tetap macam tu juga, bala akan menimpa bila DAP yg dah mula ajar agama Islam kat org Melayu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Mei 2012
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: