China juara Piala Thomas

Tinggalkan komen

Mei 27, 2012 oleh pemudawilayah


 

WUHAN: China mempertahankan kejuaraan Piala Thomas buat kali kelima berturut-turut selepas mengalahkan Korea Selatan 3-0 pada final di Gimnasium Pusat Sukan Wuhan di sini, Ahad.

Pemain peseorangan kedua China, Chen Long menyumbang mata kemenangan apabila mengalahkan Sho Wan Ho 21-9, 21-13.

Ini merupakan kali pertama negara Tembok Besar itu memenangi kejohanan berprestij di tempat sendiri untuk muncul juara buat kali kesembilan sejak 1982.

China telah membuktikan bahawa mereka masih merupakan gergasi sukan itu apabila juara Olimpik 2008, Lin Dan, dengan mudah meraih mata pertama dengan menjinakkan pemain senior Lee Hyun Il 21-14, 21-17.

Korea Selatan, yang julung kali melangkah ke final, cuba memberi saingan pada perlawanan kedua tetapi sukar dengan kehebatan beregu nombor satu dunia, Cai Yun/Fu Haifeng yang mengalahkan Lee Yong Dae/Kim Sa Rang 21-16, 25-23.

Jurulatih China Li Yongbo berkata anak buahnya telah menampilkan persembahan cemerlang.

“Lin Dan, Fu Haifeng dan Cai Yun mempunyai pengalaman bermain dalam enam kejohanan Piala Thomas. Ppemain baru harus belajar daripada mereka.

“Saya juga memuji Chen Long kerana beliau tenang dan mengaplikasikan segala teknik dan strategi yang telah dipelajari selama ini,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Menjawab soalan pemberita, jurulatih itu tidak menolak kemungkinan dominasi badminton yang dipegang China sekarang akan dirampas negara lain jika perseorangan utamanya Lin Dan dan beregu nombor satu dunia Fu Haifeng/Cai Yun memutuskan untuk bersara kelak.

“Buat masa ini mereka tidak pernah memberitahu saya tentang persaraan. Apa pun keputusan mereka hanya akan diketahui selepas Sukan Olimpik 2012 London.

“Saya harap mereka akan terus bermain kerana mereka kini berada dalam prestasi terbaik. Namun, jika mereka memutuskan untuk bersara, China telah pun bersedia dan mempunyai barisan pelapis yang mampu untuk menggantikan mereka,” katanya. BERNAMA

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Mei 2012
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: